Saturday, February 4, 2012

Benarkah kita cintakan RASULULLAH SAW..

Assalamulaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..segala pujian kupanjatkan buatNYA.

ALHAMDULILLAH..kerana Allah masih lagi mengizinkan ana untuk menulis dalam blog ini,mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dariNYA atas setiap yang kita lakukan,insyaAllah!AMIN..

SEJARAH berulang lagi..Hari ni,cukup-cukup bersejarah buat kita,kerana tanggal 12 Rabiul Awal 1433h mengingati kembali saat lahirnya insan Agong,kekasih Allah Nabi MUHAMMAD SAW..sollu 'alan nabiy 
صلي ألله علي محمد ,صلي  ألله عليه وسلم


pernah kita dengar ramai orang kata "aku sayang NABI"

tapi sejauh mana sayangnya kita pada Nabi MUHAMMAD SAW??
Allahu Akbar! mengucapkan apa saja memang senang,tapi nak lakukannya?ramai tak yang lakukan sebagai mana kita berkata?ana sendiri pun rasanya terlalu kerdil dan hinanya diri,bila mendengar kisah para SAHABAT  BAGINDA ..BETAPA HEBATNYA,ukhuwah mereka.."ketahuilah,DIAlah yang menghapuskan kenikmatan sementara,DIAlah yang memisahkan pertemuan di dunia."
bila sahabat-sahabat postkan tentang wafatnya Baginda Muhammad SAW,tak sanggup rasanya nak baca,muhasabah diri bersama..


cuba kita lihat,berapa ramai yang ikut apa yang Nabi kita tinggalkan?sabda Baginda:"wahai ummatku,aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara iaitu: Al-Quran dan Sunnahku,lihatlah Sahabat,betapa sayangnya Baginda kepada ummatnya.tapi tak ramai yang mengikuti apa yang rasulullah berikan,malah sanggup melanggar hukum Allah.nauzubillah min zalik..

jika kita sayang Allah SWT dan Rasulullah SAW, BUKTIKAN!
 macam mana nak buktikan?
                    
Sebagaimana dalam rukun islam,antaranya je ni yang ana amik.sebab rasanya semua dah tahu kan,adik tadika pun tahu..:)

               ---->> solat lima waktu sehari (kerana Allah,tanda bersyukur pdNYA)
                     ---->> berpuasa dibulan ramadhan (kerana Allah)
tapi yang kebanyakannya apa? solat tu semesti dah,tapi kita tak nampak,sebab rumah masing-masing..
cuba teka apa...??
AURAT
ALLAHU AKBAR! ana teringat sabda Rasulullah SAW..

"DARI AISYAH RA,bahawa adiknya ASMA pernah datang mengadap RASULULLAH dengan pakaian yang nipis..lalu Baginda bersabda:"apabila seseorang wanita telah baligh,tidak boleh lagi terlihat (auratnya)..kecuali ini dan itu,Rasulullah saw menunjukkan pada muka dan tapak tangan baginda"(HR ABU DAUD) Andai benar kita cintakan Baginda sudah tentu kita tinggalkan apa yang tidak disukainya..ramai tak yang pakai baju nipis sekarang??jadi cintakah kita pada Rasulullah?atau sekadar berkata-kata??muhasabah bersama..

Sabda Rasulullah saw lagi" Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat & menarik orang lain membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga"dan tidak akan mencium baunya"(hr MUSLIM) 
Allahu Akbar!
ramai tak kita tengok orang yang menutup aurat berlandaskan syariat islam?Allahu  Akbar, minta dijauhkan semua itu,ramai yang membungkus aurat tapi tak ramai yang menutup aurat mengikut syara'

Antara yang lain juga dapat kita lihat akhir zaman ni,semakin menjadi-jadi iaitu,COUPLE!
nauzubillah min zalik,moga Allah lindungan hati-hati kita semua,dari perkara yang Allah Murkai ini.barangkali mereka yang bercouple rasa suka didunia,tapi bagaimana di akhirat sana,sahabatku,nasihatku ini,bukanlah untuk ku tujukan pada sesiapa,tadi kerana sayangnya diri ini padamu wahai sahabat muslimatku,kerana kita adalah saudara.."ballighuni walau aayah" "sampaikanlah walau sepotong ayat"
ummat muhammad,layakkah kita menjadi Muhammad setelah apa yang kita lakukan sehingga saat ini..ALLAHU AKBAR

Rasulullah saw pernah bersabda: " tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim(HR BUKHARI MUSLIM)

Sabda Rasulullah saw lagi: "tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya syaitan" (HR AHMAD TIRMIZI & HAKIM) nauzubillah min zalik

" setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum ,supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti ia telah berzina" (HR AHMAD)

SUBHANALLAH..ALLAHU AKBAR..
JADI..adakah ini tandanya kita sayangkan Rasulullah saw? dengan melakukan apa yang ALLAH DAN RASUL LARANG?atau kita sekadar tulis saja ?tepuk dada tanya IMAN.

sama-samalah kita berubah kerana Allah..tarikh 12 Rabiul Awal yang penuh sejarah ini..
semoga kita semua sentiasa dipayungi kasih sayang dalam RAHMATNYA,semoga hidup kita semua diberkati Allah SWT..AMIN,AMIN,AMIN..SEMOGA KITA BERTEMU DITAMAN SYURGA,ALLHU AKBAR.mudah-mudahan,AMIN,


("sesungguhnya aku tak layak ke SYURGAMU,
namun tak sanggup juga aku ke NERAKAMU")

DETIK MALAIKAT MAUT TIBA..( 2 )

DETIK MALAIKAT MAUT TIBA..( 2 )

Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.
Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab: "bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.
Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.
Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku melalui depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar dari singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."

Subuh Yang Indah Bersamamu, Ya Rasulullah…

Dini hari di Madinah Al-Munawwarah. Aku saksikan sahabat-sahabat berkumpul di masjidmu. Angin sahara membekukan kulitku. Gigiku gemeretak, kakiku berguncang.
Tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka. Dan kau datang, ya Rasulallah. Kami pandang dikau. “Assalamu ‘alaika ayyuhan nabi warahmatullahi wabarakatuh,” kudengar salam disampaikan bersahut-sahutan. Kau tersenyum, ya Rasulallah. Wajahmu bersinar. Angin sahara berubah hangat. Cahayamu memasuki seluruh daging dan jiwaku. Dini hari Madinah berubah menjadi pagi yang indah. Kudengar kau bersabda, “Adakah air pada kalian?”

Cepat-cepat kutengok gharibah-ku. Kulihat para sahabat yang lain sibuk memeriksa kantong mereka, “Tak ada setitik air pun, ya Rasulallah.” Kusesali diriku, mengapa tidak kucari air yang cukup sebelum tiba di masjidmu. Beruntung benar sekiranya kubasahi wajah dan tanganmu dengan percikan air dari kantung airku.
Kudengar suaramu yang indah, “Bawakan padaku wadah yang masih basah.” Aku ingin loncat mempersembahkan gharibah airku tapi ratusan sahabatmu berdesakan mendekatimu. Kau ambil satu gharibah air yang kosong. 

Kau celupkan jari jemarimu yang mulia. Subhanallah, kulihat air mengalir dari sela-sela jemarimu. Kami berdesakan, berebutan berwudhu dari pancuran sucimu. Betapa sejuk air itu ya Rasulallah. Betapa harum air itu ya Nabiyallah. Betapa lezat air itu, ya Habiballah. Kulihat Abdullah bin Mas’ud pun mereguk sepuas-puasnya.

Qad qamatish shalah, qad qamatish shalah…
Alangkah bahagianya aku bisa salat di belakangmu, ya Sayyidal Anam. Ayat-ayat suci mengalir dari suaramu. Melimpah, memenuhi jantung dan seluruh pembuluh darahku.

Usai salat subuh, kau pandangi kami, masih dengan senyum yang indah itu. Cahaya wajahmu, ya Rasulallah, tak mungkin aku lupakan. Ingin kubenamkan setetes diriku dalam samudera dirimu. Ingin kujatuhkan sebutir pribadiku pada sahara tak terhingga pribadimu.

Kudengar kau berkata, “Menurut kalian, siapakah mahluk yang paling menakjubkan imannya?”
Kami jawab serempak, “Malaikat, ya Rasulallah.”
“Bagaimana mereka tak beriman, padahal mereka berada di samping Tuhan mereka?” jawabmu.
“Kalau begitu para nabi, ya Rasulallah.”
“Bagaimana mereka tak beriman, bukankah wahyu turun kepada mereka?”

“Kalau begitu kami, sahabat-sahabatmu, ya Rasulallah.”
“Bagaimana kalian tak beriman padaku padahal aku berada di tengah-tengah kalian? Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman? Mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan.” Aku tahu, ya Rasulallah, kami telah saksikan mukjizatmu. Kulihat wajahmu yang bersinar, kulihat air telah mengalir dari sela jemarimu, bagaimana mungkin kami tak beriman kepadamu. Kalau begitu siapa ya Rasulallah, orang yang kau sebut paling menakjubkan imannya?
Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kami termangu. Ah, gerangan siapa mereka itu? Siapa yang kaupuji itu, ya Rasulallah? Kutahan napasku, kucurahkan perhatianku. Dan bibirmu yang mulia mulai bergerak, “Orang yang paling menakjubkan imannya adalah kaum yang datang sesudahku. Yang beriman kepadaku, padahal mereka tak pernah melihat dan berjumpa denganku. Yang paling menakjubkan imannya adalah orang yang datang setelah aku tiada. Yang membenarkan aku padahal mereka tak pernah melihatku. Mereka adalah saudara-saudaraku.”

Kami terkejut. “Ya Rasulallah, bukankah kami saudaramu juga?”
Kau menjawab, “Benar, kalian adalah para sahabatku. Adapun saudaraku adalah mereka yang hidup setelah aku. Yang beriman kepadaku padahal mereka tak pernah melihatku. Merekalah yang beriman kepada yang gaib, yang menunaikan salat, yang menginfakkan sebagian rezeki yang diberikan kepada mereka (QS. Al-Baqarah; 3)”.
 الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Kau diam sejenak ya Rasulallah. Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kudengar kau berkata, “Alangkah rindunya aku berjumpa dengan saudara-saudaraku. Alangkah beruntungnya bila aku dapat bertemu dengan saudara-saudaraku.”

Suaramu parau dan butiran air mata tergenang di sudut matamu. Kau ingin berjumpa dengan mereka, ya Rasulallah. Kau rindukan mereka, ya Nabiyallah. Kau dambakan mereka, ya Habiballah…
Wahai Rasulullah, kau ingin bertemu dengan mereka yang tak pernah dijumpaimu, mereka yang bibirnya selalu bergetar menggumamkan shalawat untukmu. Kau ingin datang memeluk mereka, memuaskan kerinduanmu. Kau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan shalawat. 

Masih kuingat sabdamu, “Barangsiapa yang datang kepadaku, aku akan memberinya syafaat di hari kiamat.”
Ya wajihan ‘indallah, isyfa’lana ‘indallah.
Wahai yang mulia di sisi Allah, berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah.

(Oleh KH. Jalaluddin Rakhmat, tulisan ini diturunkan untuk memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiul Awwal 1422 H)