Thursday, October 11, 2012

Tazkirah


Ibn al-Qayyim [Yasir Qadhi, Du’a: The Weapon of the Believer]


  • "Ingatlah kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja. "Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah."



  • "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi." 

  • Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT)dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]


  • “Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!” - Saifulislam.com.my 



  • Suatu ketika Abu Darda' menulis kepada Salman Al-Farisi ; "Marilah kembali ke bumi yang menyucikan ini (Madinah)" Maka Salman Al-Farisi membalas suratnya ; "Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya" 

  • Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

  • Rasulullah saw. bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.(Riwayat Muslim)

  • Daripada Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t telah berfirman(dlm hadis qudsi): “Hai anak Adam!Selama engkau masih berdoa dan dan berharap kepada-Ku, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yg ada padamu dan Aku tidak peduli (walaupun dosa itu banyak sekali). Hai anak Adam ! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yg ada di langit, kemudian kamu dtg mengharapkan keampunan daripada-Ku nescaya aku berikan keampunan kepadamu. Hai anak Adam! Sesungguhnya jikalau engkau datang kepada-Ku membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dgn sesuatu, nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi keampunan”. [Hadith Riwayat Tirmizi]
  • "5 perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya ~1: wajah yang cantik 2 duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nenyak tanpa gangguan.. senang je untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.”
  • Diet Rasullulah ~ Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini. Tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau ikut diet Rasullullah ini? Garenti takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. Jangan makan SUSU + DAGING, Jangan makan DAGING + IKAN ,Jangan makan IKAN + SUSU, Jangan makan AYAM + SUSU , Jangan makan IKAN + TELUR , Jangan makan IKAN + DAUN SALAD , Jangan makan SUSU + CUKA , Jangan makan BUAH + SUSU , CTH :- KOKTEL - JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. -TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. - JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.


  • "Menuntut ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang ulang ilmu adalah zikir,mencari ilmu adalah jihad" [Al-Ghazali]


  • Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" [Riwayat Tarmizi]

  • Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu  Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

  • "Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah."  

  • Termaktub dalam sepucuk surat Khalifah Umar kepada Abu Musa Al Ashaari, "Hadapilah sifat sabar dan ketahuilah bahwa sifat sabar itu dua macam, di mana yang satu lebih afdol dari yang lain. Sabar dalam musibah adalah sifat baik namun lebih afdal lagi sabar dalam menghindar larangan Allah SWT. Ketahuilah bahwa sabar itu berhubungan dengan iman karena kebajikan yang paling utama adalah takwa dan takwa hanya dapat dicapai dengan sabar."
  • Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi walaupun amal ibadatnya sedikit iaitu: sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan IMAN. [Abul Qasim Al-Junaid]

  •  "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]


  • SEJARAH AYAT KURSI ~ Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya...InsyaAllah.

  • Sometimes Allah breaks our spirit to save oer soul. He breaks our heart to make us whole. He send us pain so that we can be stronger. He send us failure so we can be humble.He send us illness so we can take care of ourselves. Sometimes God takes everything away from us, so we can learn the value of everything He gave us,Allah is Great.