Saturday, October 1, 2011

ku ingin menjadi wanita solehah buatMU...


Assalamualaikum..
alhamdulillah syukur ini ku panjatkan buatMU atas kesempatan yang diberikan padaku lagi kali ini untuk ku nukilkan disini apa saja perkara yang berkaitan denganMU YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.. DIRIMU saja tempat ku mengadu segala masalah, diriMU saja tempat ku luahkan isi hati ini, saat tiada siapa pun yang peduli akan ku, saat aku sedih dan saat ku menangis seorang diri, takkala memikirkan ujian dariMU buatku , kerana aku cuma tahu satu saja..ENGKAU MENYAYANGIKU..YA ALLAH..AKU RINDU PADA KEKASIHMU..YA RASULULLAH..DISINI..DuniaMU ini yang dijadikan kami sebagai tamu..tempat untuk MU menguji hamba2MU..Tempat untuk memilih siapa saja yang benar2 ikhlas MENCINTAIMU..Penuh kasih dan sayangMU..YA ALLAH..sesungguhnya terlalu besar kasih dan sayangMU, namun mengapa masih ada lagi yang buta akan kasih sayang itu..

syukur atas nikmat imam dan islam kerana masih lagi ENGKAU mengizinkan ku hingga saat ini, merasakan , menghirup udaraMU..ya RABB

"WANITA SOLEHAH"
Itulah yang sering meniti dibibir2 setiap wanita..ada yang ingin manjadi wanita solehah, ada yang ingin menjadi wanita yang solehah..ada yang ingin menjadi wanita solehah buatMU, Ada yang ingin solehah buat suami, ibu, dan pelbagai lagi yang bermain diminda wanita pada hari ini..itu sudah merasakan lega bagiku..

namun, pada akhir-akhir zaman ini..sudah tidak lagi yang mempedulikan semua itu YA ALLAH..apa yang sedih bagiku...takkala melihat ramai perempuan-perempuan yang masih lagi tidak mahu menutup aurat mereka sendiri, apa yang paling sedih lagi, bila kita tegur dia menjawab dengan kata-kata yang pedas,malah ada yang menghinakan dan berani melawan hukumMU . YA ALLAH..Kuatkanlah Aku dalam menghadapi ujianMU , Biarpun terasa pahit..akan ku telan semua itu YA ALLAH..dan aku benar2 mengharapkan dan meminta keizinanMU agar dipinjamkan kepadaku KEKUATANMU itu Ya Allah..yang mampu menguatkan aku menempuh segala cabaran dan dugaan yang datang, kerana ku yakin YA ALLAH..Segala yang terjadi atas KehendakMU..YA RABB ..

Mana lagi untuk ku temui mujahidah-mujahidah yang kuat, tabah dan cekal hatinya seperti mujahidah terdahulu..Aisyah ra.anhu, AinulMardhiah, Sumayyah, Khadijah dan ramai lagi pejuang-pejuang islam! sukar untuk ku temuinya..hilang mereka didunia..tiada penggantinya..:(
YA ALLAH..YA RAHMAN..YA RAHIM..Kuatkanlah hati hamba-hambaMU ini..gagahkanlah KAMI dalam menempuh onak dan liku kehidupan yang kian mencabar..hari demi hari yang dilalui kami..kadang kala tanpa sedar kami lalui..seolah-olah baru semalam islam menyinar..bila teringat akan kedatangan ISLAM! yang dibawa oleh KEKASIHMU..RASULULLAH..

Ya ALLAH! jadikanlah kami wanita-wanita ISLAM yang hebat! kami tidak mahu hebat pada pandangan manusia, tapi kami ingin hebat dimataMU YA ALLAH.. kami tidak mahu dipuji oleh manusia..tapi kami ingin dipuji olehMU! YA ALLAH..! KAMI tidak mahu menangis kerana manusia..tapi kemi ingin menangis keranaMU..KAMI tidak mahu suka kerana manusia, tapi ingin senyum dan suka keranaMU! YA ALLAH, YA SAMI'(MAHA MENDENGAR) kami luahkan segalanya buatMU..BANTULAH KAMI YA ALLAH..BANTULAH UMAT ISLAM..yang sedang dalam kemusnahan YA ALLAH..SELAMATKANLAH BUMI AN-BIA' .. SELAMATKAN PALESTIN!

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)