Monday, January 30, 2012

Kekasihku..

Bila aku nk dating dgnMu.. aku solat..
Bila aku nak berbicara dgnMu, aku mengaji..
Bila aku mahu meluahkn rasa cintaku padaMu, aku berzikir..
Bila aku rindu padaMu..aku tidur sambil mndengar alunan ayat2 al-qur'an.. oh betapa lenanya.. betapa indahnya bercinta dgnMu... wahai kekasih ku ALLAH... ♥

Friday, January 20, 2012

KATA-KATA HIKMAH..

 Mutiara Cinta dari Hamka



“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”

"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"


```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


KATA-KATA HIKMAH TERHEBAT DUNIA

1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada
orang yang tak berusaha sama sekali. – J. Douglas -


2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria,
tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku
adalah lebih satria. – Hamka -


3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang
paling baik akhlaknya. – Bukhari dan Muslim –


4. Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran
hidup manusia. – Tan Sri Hanif Omar –


5. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan
dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada
menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab -


6. You will be judged on the basis of what you are,
not what you say you are. – Mohd. Salleh Ismail –


7. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,
orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –


8. Kebebasan bererti tanggungjawab,
tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta
berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha
seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.
– Tun Abdul Razak Hussin –


9. Tidak dihitung kaya yang banyak harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –


10. Force works on servile nature, not the free.
– Ben Johnson –


11. Kita tidak harus bersifat negatif kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.
– Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad –


12. Disiplin yang baik terbentuk dari sikap
yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
pemimpin dan teladan yang baik.
–Tun Abdul Razak Hussin –


13. One can pass on the responsibility but
not the discretion that goes with it.
– B. Cellin –


14. Berpadu ialah satu permulaan, terus
berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu
ialah kejayaan. – Henry Ford –


15. Bukankah tidak ada balasan yang baik,
melainkan balasan yang baik juga.


16. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,
kerana seribu sahabat belumlah banyak.
Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang
seorang itu sudah lebih daripada banyak.
– Lukman Hakim –


17. Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk
menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
– Issac Watts –


18. Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.

b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.

c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.

d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -


19. Siapa melawan kita, ia membaja menajamkan otak kita.
Lawan itulah penolong kita.
– Edmund Burke -


20. Yang sangat berguna adalah seorang lelaki
yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,
kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya.
– Imam As Syafie –


21. If you can’t make a mistake, you can’t make anything.
– Morva N. Collins –


22. Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat
agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh.
– Menander –

Thursday, January 19, 2012

UHIBBUKI FILLAH~SAHABAT~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih lagi diizinkan ALLAH SWT untuk nisa kongsikan apa saja yang terlintas dihati,segala curahan datangnya dari Allah Maha Kuasa atas segalanya.semua ilmu yang dikongsi datangnya dari Allah,maka segala pujian hanyalah buatNYA..KEKASIH HATI KITA (DALAM SUJUDMU)



SIAPA TAHU ERTI SEORANG SAHABAT?


Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah s.a.w) kepada anaknya:

Pertama~ pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua ~ pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga ~ pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat ~ pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima ~ sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.



Pastinya pelbagai pandangan dan pendapat terhadap erti sahabat..

Pada nisa,SAHABAT ialah,orang yang berkawan dengan kita kerana Allah..bukan kerana rupa,pangkat mahupun darjat.

bersahabatlah kerana Allah..kerana bersahabat keranaNYA hanya akan kekal ke syurga,insyaAllah...

SAHABAT sejati,pernah DENGAR TAK? 

**sahabat sejati pada nisa juga bersahabat kerana Allah,apa jua berlaku dia sentiasa akan menunjukkan jalan buat kita ke arah yang benar,ke arah jalan yang lurus..jalan lurus,bukan bererti jalan yang lurus di jalanan tu..tapi yang yang membawa kita ke arah SYURGA,tidak membiarkan kita sendirian,dikuasai SYAITAN yang selalu menggoda.

SAHABAT yang BERIMAN..

***SAHABAT yang beriman,membawa kita ke jalan yang   benar,menegur andai kita salah..nisa x faham,kenapa ada orang kata "SAYA SAYANG SAHABAT SAYA" tapi apa yang nisa tengok,itu hanyalah ucapan KOSONG sahaja,

CONTOH.. 
                   ~ bila kawan dia buat salah..dia biarkan..
                    : tak tutup aurat, "kenapa tak tegur?"
                       ramai kata sayang sahabat,
                       hakikatnya"x beranilah nak tegur"


ALASAN:    "kesianlah,nanti dia sedih.."
                      "tak nak tegurlah,nanti dia tak nak kawan"

banyak sangat alasan-alasannya..sedih rasanya,tak nak tegur takut itu dan ini,tapi pernah kita fikir tak,kerana kita tak tegur,dia akan terus hanyut,hanyut dan hanyut..
sanggup ke kita tengok sahabat kita di campakkan ke neraka!


   "BERKATA BENAR WALAU PAHIT SEKALIPUN"

*SAYANG sahabat kita..

"sepatutnya kita tegur..tapi teguran itu mestilah teguran     dengan bicara iman.BUKAN biarkan mereka terus melakukan perkara yang Allah Murka,Nauzubillah min zalik.
bukan memaki hamun,mengata sana sini.tegurlah secara baik..kita hanya mampu berusaha..Allah yang akan merubah ,membolak-balikkan hati manusia."serahkan segalanya padaNYA,Hanya Allah berkuasa atas hati-hati mereka.Doakan mereka.. :)

                  ~~~~~usaha~doa~tawakal~~~~~~

Allahu Akbar! berapa ramai sahabat kita yang tegur bila kita buat salah?berapa ramai yang kita tegur sahabat kita bila dia buat salah? marah biarlah kerana Allah..suka juga biarlah kerana Allah.     

        

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sahabat..

perjuangan tak pernah putus..
kerana diikat dengan rantai iman..
mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhwah..
istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan..
semoga ikatan ukhwah ini terbina selamanya..
berukhwahlah kerana Allah..
hanya itu yang membahagiakanmu sampai syurga abadi nanti...

sahabat..

jika hari ini aku terlalu gembira..
sedarkan aku dengan amaran Allah.. 
jika aku bersedih tanpa kata..
pujuklah aku dengan tarbiah pencipta..
jika aku lemah tak berdaya..
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..
jika antara kita ada tembok pemisah..
ajaklah aku meleraikannya..
jika pernah hatimu terluka disebabkan daku..
luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku..

kata-kata ini,ku dedikasikan buat sahabatku tersayang..
semua sahabat yang pernah mengenali diri ini..salam mahabbah,salam ukhuwah Fillah..(^_^)





~~~~~~~~~~~~~~Muhasabah diri bersama~~~~~~~~~~~~~~~~~


Friday, January 6, 2012

RENUNGAN BERSAMA... ^^



Basahilah muka dengan wudhuk, kerana ia akan bersinar di akhirat kelak. basahilah lidah dengan zikrullah dan biarlah ia melebihi dr menyebut perkara lagha. subhanallah.Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah. :)

                                                                                                          

Renungan hari khamis malam jumaat

Allah Swt hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup :-

❀ Panggilan pertama adalah ketika AZAN ❀
Itu adalah panggilan Allah Swt yang pertama..Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita,sangat kuat terdengar..Ketika kita solat,sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah Swt ツ

❀ Panggilan yang kedua adalah Panggilan UMRAH / HAJI ❀
Panggilan ini bersifat halus..Allah Swt memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’..Hamba yang satu mendapat peluang yang berbeza dengan hamba yang lain,jalannya bermacam-macam..Yang tidak mempunyai wang jadi mempunyai wang,yang tidak merancang ternyata akan pergi,ada yang memang merancang dan terkabul perancangannya ツ

❀ Panggilan ketiga,adalah KEMATIAN ❀
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita..Pada kebanyakannya,Allah Swt tidak memberikan tanda-tanda secara langsung,dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan..Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh..Kerana itu,manfaatkan waktumu sebaik-baiknya ツ

 <3 <3 
                                                                                                            

PERHATIAN UNTUK WANITA !!

kalau ada yang cuba mengorat anda , katakanlah padanya...

"MAAF!! untuk kali ni, HARAP AWAK FAHAM.
... Saya tak nak kita jadi macam orang lain. SAYA nak BERKAT ALLAH.
BIARLAH AWAK FIKIR SAYA SOMBONG, taknak layan awak!
Cuma kalau satu hari nanti, kalau AWAK RASA SAYA LAYAK JADI IBU KEPADA ANAK-ANAK AWAK,
Jumpalah mak ayah saya. Kita bercinta lepas nikah"

----->jual mahallah cikit..daripada murah maruah...huhuhu

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_<---tu mak ayah ada kat dalam
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿★
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██





- Kisah Benar -

Pelajar : Ustazah,doakan saya ustazah,saya nak dapat 5A dalam UPSR ni.Serius.
Ustazah:Ya,insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah :Ya,apa nama awak?
Pelajar : Adam ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya.Mak saya kata,kalau saya dapat 5A,saya boleh mintak apa saja.Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa pada si pelajar tadi.Allahurobbi..T_T

Jenaka ringan penyegar minda =)



***

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas. :)                                                                                                        MOTIFNYA..janganlah jadi pemalas! kerana orang yang malas tak kan berjaya..dan malas juga adalah perangai syaitan..syaitan sentiasa menghasut kita untuk mengikut jejaknya yang memang..malas! :) jadilah Hamba Allah Yang Rajin,rajin KeranaNYA..WAllahu a'lam..