Friday, July 29, 2011

Ahlan Wasahlan...Ya Ramadhan...
ASSALAMUALAIKUM..
BUAT SAHABAT-SAHABAT yang nisa kasihi kerana Allah semua..
kehadiran yang dinanti hari demi hari..
kini tinggal sehari lagi untuk kita berjumpa ya Ramadhan..
mudahan kali ini lebih bermakna dan baik buat kita semua..wahai umat islam yang menantikan kehadirannya..
segala persiapan rohani dan jasmani sedia untuk menghadapinya..insyaAllah..
mudahan pahala dapat dikutip sebanyak mungkin pada ramadhan kali ini...
mudahan tahun ini juga dapat kita bertemu dengan Lailatul Qadar..amin,insyaAllah..
itulah yang sering diharapkan semua umat islam.

InsyaAllah kita akan bertemu ramadhan tidak kurang sehari lagi..mudahan sebulan ramadhan kali ini meninggalkan banyak pengertian dan penghayatan dibulan ramadhan ini..semoga kita semua peroleh keberkatannya dan ganjaran-ganjaran yang dijanjikan oleh Allah..insyaAllah pintu syurga buat kita semua,keran ketika inilah peluang banyak diberikan untuk kita meraih apa sahaja ..pintu neraka telah pun ditutup rapat-rapat,dan pintu syurga telah pun dibuka seluas-luasnya..dan dirantai syaitan-syaitan..malaikat datang sentiasa  mendoakan  bagi yang mengerjakan amal soleh..jangan dilupa solat tarawih..(^_^)
bagi yang belajar mahupun bekerja..tiada alasan untuk tidak pergi ke masjid solat tarawih lagi..nanti masih ada lagikah alasan kita bila menghadap Allah di alam sana.nauzubillah..mudahan kita sentiasa ringan untuk ke masjid ataupun jika berdekatan dengan surau-surau boleh juga buat kaum hawa..inilah masanya untuk kita mendapat sebanyak mungkin pahala dari Allah ,mudah jika hati ikhlas..sebagai hamba untuk kita berterima kasih buat pencipta kita ,ALLAH S.W.T..InsyaAllah tiada rugi hamba yang melakukannya dan ganjaran yang besar dan istimewa menanti disana..mudahan semuanya dapat berpuasa dengan sebaik-baiknya..iaitu berpuasa semuanya:
antaranya: 

puasa mata..
*tidak melihat perkara-perkara maksiat(bukan saja dibulan Ramadhan bahkan telah diingatkan oleh Allah agar menjaga pandangan semasa hidup agar tidak terjebak dengan maksiat)


*puasa telinga
menjaga pendengaran dari mendengar perkara-perkara maksiat,contohnya lagu yang keluar dari syarak,lagu yang berunsur maksiat dan muzik2 yang diharamkan dalam islam,selain itu mendengar umpatan orang .

*puasa mulut,
selain daripada tidak makan kerana berpuasa,yang wajib dijaga juga supaya tidak bercakap perkara-perkara yang membawa kepada dosa seperti mengumpat kepada orang..orang yang mengumpat kepada orang lain diibaratkan dia memakan darah daging saudaranya sendiri yang baru mati.nauzubillah min zalik,(minta dijauhkan ya Allah)

*puasa kaki
waktu sepatutnya masjid tempat kita,namun ada lagi yang masih leka dengan dunia fana ini,contohnya kaki yang Allah kurniakan dengan nikmat yang diberi  untuk berjalan disalah gunakan..ada yang pergi ke tempat maksiat sebagai contoh,tempat perjudian,tempat mereka bertemu dengan kekasih(antara dia dan kekasihnya itu telah terselit syaitan)nauzubillah 
hanya ini sahaja yang nisa boleh lontarkan..insyaAllah dan kesempatan bersua lagi..


jika ada nak tambah apa-apa sahaja berkaitan dengan puasa silakan..:)

  

Ramadhan..kami sentiasa merinduimu..
kami merindukan bulan keberkatan ini..
kami merindukan bulan mulia ini..
kami merindui manisnya ganjaran -ganjaran pada bulanmu ini..
kami merindui manisnya berpuasa wajib yang ditentukan ini..
kami lebih merindui rasulullah saat ramadhan datang
dengan kisah-kisah yang pernah terjadi pada baginda dan 
sahabat ketika dibulan Mulia Bulan keberkatan "RAMADHAN AL-MUBARAK"
~MARHABAN YA RAMADHAN~

by:Nur Annisa binti Zulkifli

Monday, July 11, 2011

Mimpi Seorang Gadis


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

Sunday, July 3, 2011

MERANTAU KE THAILAND BUMI ALLAH S.W.T


        IMIGRESEN MALAYSIA (KELANTAN)


                      .... بسم الله الرحمن الرحيم

HARI PERTAMA DI THAILAND....

Alhamdulillah 4malam 5 hari bertarikh 30.6.2011 telah pun pergi ke thailand bersama family..alhamdulillah sepanjang perjalanan berjalan dengan lancar..walaupun ada juga kadang-kadang ada sedikit masalah.disinilah kami harus melepasi untuk ke thailand..kena cop pasport..  hehehe (^__^) tidak sabar menanti..    


Alhamdulillah,barang-barang sudah pun siap untuk dibawa pergi..insyaAllah selamat kami sekeluarga disana.itulah yg sentiasa ada dalam fikiran dan hatiku pada masa itu..faham-faham sajalah bagaimana keadaan disana,semua sudah tahu kan ..
setelah menanti untuk di cop pasport akhirnya alhamdulillah selesai juga dan bertolak ke thailand dengan menaiki bot laju ..ada perahu,bot dan feri..oleh kerana nak sampai cepat kami tidak memilih feri kerana kami bertolak dari rumah pun agak lewat sudah..
 ni lah bot yg kami naik untuk ke thailand..

saat berada dalam bot..abang nisa kat depan tu ,nisa n yang lain duk tepi ni ,sebab tu lah tak nampak.. :) akhirnya selamat kami mengharungi gelora ombak yang boleh dikatakan kuat juga..hanya doa yg mampu diucapkan dan dipanjatkan rasa kesyukuran pada Allah atas segalanya..alhamdulillah.selamat tiba.. 



sampai di thailand..dan hujung sana adalah malaysia..

disana juga kelihatan feri yang sedang membawa penumpang..feri bukan saje mengangkut orang,tapi juga kereta dapat dimuatkan kerana ia besar dan mampu untuk membawa lori yang besar2,tapi nisa kadang2 takut juga sebab kita duk atas feri ditambah pula dengan kenderaan yang besar dan berat,agak menguji dan pada masa tu hanya mampu berserah pada ALLAH..melangkah je,"bismillahi tawakkaltu alallah.."
                                                                 TA'BAI..kedai makan

salah satu kedai makan yang sedaaaaap sangat2,dan yang paling penting halal..
sampai disini dan jalan2 sekejap untuk membeli apa2 yang ada.



bansar jual baju..cam2 baju da disini,dan murah! 

                ALhamdulillah selamat sampai kami di thailand ini juga bumi ALLAH pada kita semua untuk merasainya..subhanallah,Beginilah keadaan di ta'bai..orang kelantan panggil "taba"
sibuk selalu dengan perniagaan masing-masing..memang rajin berniaga orang islam di thai ini..makanan ,pakaian serta kasut dan pelbagai lagi barang yang dijual menarik perhatian kami sekeluarga..selalunya kami akan beli" nasi kombok"nasi kombok memang terkenal disana dan ianya adalah makanan orang thailand..islam dan non muslim ...memang sedap..ibu nisa suka juga buat nasi kombok,makan ngan family ramai2.

                 buah-buahan pun segar2 dan harganya pun berpatutan..



ANTARA MAKANAN TERKENAL DISANA ...



                                             biskut inti nenas..sedap..




subhanallah..inilah dia makanan yang best sekali..sgt2 sedap,sgt2 enak..hehehe..x terkata..Allah punya idea,menjadikan makanan ini sungguh menyelerakan.. (^__-)

 perut lembu" panggilan orang thai..dalamnya ada nasi..sedap3.. (^_^) makan dengan nasi pun boleh....



"tepung kerot.." disana kalau kuih diorang memang panggil "tepung " cam kita panggil kuih kan..biasanya tapi disana tak,cam makanan ringan pun begitu juga..tepung kerot ni rasanya manis..da sayur sikit dalamnya..makan panas2 pun sedap sgt2..Alhamdulillah..nikmat ALLAH bagi ini sungguh meninggalkan "sweet memories" (^__*) syukran jiddan Ya ALLAH






"RENDANG PULUT" maksud rendang disini goreng..pulut ni
dia goreng dan disalut dengan telur..

 "nasi  ayam paprik dan daging pakpik"yang sgt sedap..rasanya enak sangat..syukur pada ALLAH atas rezeki pemberianNYA ini,rasa lapar lah plak tengok nasi ni..hehe insyaAllah dpt makan lagi..



" KUEN CAP" dia cam kuew tiaw juga tapi lain sikit,besar dan mmg sedap..makan pedas2 dan panas2..dalamnya da ayam ,bebola daging dan ikan,telur dan ayam..harganya cuma RM 3.00 sahaja..murah ..yum yum..da rezeki makan lagi..insyaAllah,,




 "rendang pisang" subhanallah sedap sangat2..rangup lagi,mmg tersohor disana,, :)



selipar ni nisa beli di "nat malam" kat sini pasar malam kan..kalau kat sana "nat"..harganya sungguh2 murah! hanya RM 10.00 ringgit !!



Yang ni akot..Allahu AKbar sangat sedap!apatah lagi masa kami beli,baru masak..jadi makanan panas2 lagi sedap..tapi panas tu bukanlah panas sangat seperti yang dilarang dalam islam supaya tidak makan bila panas sehingga di siup-siup..kerana bila kita bersabar semasa menunggu makanan tu sejuk sedikit ini melambangkan kesabaran kita dalam islam,kalau menunggu  makanan pun bersabar apatah lagi ujian2 yang lain kan.. (^__--)




HARI KEDUA.... DI THAI...

Pada malamnya  kebetulan ada nat malam...kami sangat bertuah  kerana  4 malam  berada disana  sempat pergi dua kali nat malam..ada nat malam di bandar




 
makanan ni yang paling best sekali..unik sgt dan laZat sekali..rangup sekali.. (^__^)


time duk di nat malam..banyak sangat barang2 yg dijual..cam2 jenis pakaian ,makanan,,minuman yang pelbagai..yang unik2 dan cenderamata2..kasut dan selipar yang sememangnya murah ! subhanallah..sangat2 berbaloi..mereka mencari rezeki dengan pelbagai cara..sungguh mengagumkan ..yang penting bagi mereka cara itu halal..dan mendapat keredhaan dari ALLAH SWT..alhamdulillah syukur juga nisa panjatkan nikmat yang Allah bagi ini atas segala keizinan darinya yang memberi ruang dan peluang untuk merasainya..ALHAMDULILLAH!


kebetulan time nak pulang dari nat malam..t'srempak dgn biri-biri ni.hehehe..jadi amek la gambar yer..:) comel takk?? hehe,sungguh comel..sempurna ,indah ciptaanNYA..masyaALLAH..

MASIH lagi ada pembeli dan peniaga,walau tengah malam,,Allahu Akbar!
LIhatlah Mak cik ini..time ni dah kul 8malam kat thailand..kalau kat malaysia waktu itu sudah jam 9malam..bekerja tidak kira masa , ini adalah pengorbanan seorang ibu buat anak2nya..walaupun mata dah mengantuk dan penat,demi anak2nya..si ibu ini sanggup berniaga nasi walaupun hari sudah malam..supaya anak2 dapat belajar..mendapat ilmu di sekolah..supaya tidak buta huruf..bagaimana pula kita sebagai anak2 pada zaman ini,agak susah mencari anak2 yang betul2 menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka, dan apatah lagi nak menghulurkan bantuan atau pertolongan saat ibu lagi memerlukan anaknya,walaupun kadang2 ibu tidak memberitahu..dan tak kurang juga yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua! Allahu Akbar! nauzubillah min zalik.



                     MASJID KRUE SIK....THAILAND

MASJID KRUE SIK....
Suasana masjid kerisik pada waktu malam,sungguh indah..lagi indah melihat dengan mata sendiri berbanding dalam gambar..Subhanallah,,,


HARI KETIGA..


JALAN-JALAN MENZIARAHI ORANG DISANA , SIANG HARI..


SUBHANALLAH! CANTIK sungguh Burung2 ni..
time nak gi ziarah,tengah naik kereta ,nampak da orang tengah tanding burung..
tanding burung siapa paling pintar kot..x pun hensem..n beutiful! cam orang pula..

burung ni kepunyaan tuan rumah ni la kan..hehe,
subhanallah,cantik kan..time gi ziarah..


bagus betul tuan rumah ni..angkat naik dengan teko dari mekah,
Allahu Akbar,terima kasih ya mak cik dan pak cik..
semoga Allah merahmati pakcik dan mak cik sekeluarga..Amin!


menziarah .. waktu malam, 


mengaji AL-QURAN....
sangat kebetulan..tapi nisa rasa hari2 diorang belajar malam cam ni,inilah yang kita nak lihat,anak2 muda ,yang masih lagi kecil ..belajar al-quran,supaya tidak sesat hidup ini,kerana AL-QURAN panduan hidup kita,Sekiranya tiada pengertian ,tiada rujukan dari Al-Quran , musnahlah hidup kita,tanpa pegangan Al-Quran dan sunnah,habislah,sia-sialah kita atas dunia yang fana ini.NAUZUBILLAH MIN ZALIK..jadikan AL-QURAN dan sunnah pegangan hidup jika ingin hidup selamat dunia dan akhirat


berjubah dan berkopiah..selesai sudah mengaji,masing2 pulang ke rumah..
ALHAMDULILLAH..dapat pahala..setiap langkah dari rumah mereka lagi telah mendapat pahala,bahkan bukan tu saja,niat nak datang mengaji dah dapat pahala,Allahu Akbar! sungguh pemurah Allah ..jadi apa lagi yang diragui..Allahu AKbar.



HARI KEEMPAT...

"BIG C " SHOPPING MALL,,TERBESAR DI THAILAND 




       have a nice day.. BIG C " pelbagai jenis barangan terdapat disini,dari yang biasa hinggakan yang     jenama..kat sini da macam2..pakaian,makanan..barangan keperluan di rumah dan juga di luar..dan paling penting halal,bermutu ,berkualiti dan murah! sempat jugalah nisa n family membeli barang2  disini..makanan sangat enak,apa yang penting halal..kena hati-hati la kan bila pergi negara orang..jangan sampai tak tahu halal ke haram..alhamdulillah ada yang pandai bahasa thailand jadi tak susah lah kami sekeluarga untuk membeli kat sana..
                          AISKRIM NI SEDAAAP SANGAT!            &          DONUT NI LAZAT SGT..
Antara yang di jual disana ,sangat murah,sangat lazat,,,,,, aiskrim..sweettttt.. donut yang bersalut coklat da yang bersalut coklat dengan badam,dengan kacang,kelapa,,perisa strawberiiii.. ,oren,and macam2 lagi..paling penting bila nak beli sesuatu makanan,pastikan halal ke tak..pergi sana nanti cubalah ya ..




BEG ni hanya  RM 4.90SEN ! tuan dia just bagi 40 BAT sahaja! duit malaysia 
iaitu RM 4.00 sahaja!
murah,murah ,murah..dah la da 4 zip..boleh letak cam2 lam beg ni..
kamera digital nisa pun muat dalam ni..kamera yang besar tu xleh la kan..hehehe..




BEG yang ni harganya,10 BAT,thailand,,
iaitu RM 1.00 ! murah x??murah kan..huhu


 
ada hadiah menarik yang ditawarkan..bila membeli disana..donut ni pun ada hadiah juga..abang nisa yang sulung membeli periuk elektrik baru buat ibu nisa,periuk tu pun da hadiah juga..cam da satu barang elektrik tu kalau kita beli satu dia bagi satu..selain tu juga kamera yang menjadi tarikan nisa dan abang nisa..kamera digital yang kat sini dijual dengan harga beribu-ribu..kat sana da juga beribu ribu,tapi da juga yang murah!hanya RM 400-600 shaja! Kalau digital yang biasa cuma RM 100 lebih sahaja! masyaAllah..murah!jimat lagi..bila nak ke sana kena tukar wang la..tak leh guna wang kita..hehehe..ikut suka sahabat lah nak beli di malaysia mahupun nak try yang thailand punya.. (^__^)  
  
ni wang thailand, buat pengetahuan sahabat yg x tahu lagi,bila  kita ke sana kita mestilah tukar wang sana untuk proses jual beli..semasa tiba je di ta'bai ,orang2 islam kita disana akan memanggil.. "kak.."dik"..mok cik,pok cik"..mari tukar duit dulu nah.." mari 2.. :) hehe..campur sikit loghat disana..   
 
time ni baru lepas hujan..pastu hujan balik..nasib baik hujan x kuat..tapi basah gak la kami..huhu..nisa ,abang dgn 2 org sepupu..laki n prempuan..tapi xkisah lah sebab lama x main hujan..hilang segala penat seharian berjalan bila melihat pelangi dengan indah sangat,Subhanallah..Terima kasih ya Allah..atas nikmatMU itu..tiada kata yg terucap melainkan Alhamdulillah.sangat cantik,sangat m'kagumkan..Allahu Akbar! entah bila lagi dapat melihatnya.kitorang bertuah sebab duduk di belakang,yang kat dalam kereta tu..xda yang sempat lihat..kami naik kereta stail kat sana,da la..yang tak da bumbung tu,yang kat depan je ada..nanti nisa tunjuk buat sape2 yang tak tahu..best naik kereta tu sebab bila kereta jalan,kita dapat rasa angin ..wow..menakjubkan..hehe,yang kat dalam kena air cond,tp best lg angin yg asli,,tul x... :)

     <3                         HARI KELIMA..                     <3     


HARI LAST..hari kelima ..abang ngan saudara duk depan,nisa duk blakang ngan ibu...dah balik..naik kereta..nak balik malaysia..setelah 4 hari berjalan,mencari apa yang ada ,apa yang Allah berikan untuk kita semua menikmati ,untuk kita semua bersyukur padaNYA..banyak pengalaman,suka ,manis ,takut pun ada dengan keadaan yang tidak  sangat menjamin untuk berada lebih lama,,Allahu AKbar! semoga Engkau lindungilah umat islam,saudara islam kami disana..yang penuh dengan ujianMU YA ALLAH,kuatkanlah mereka dari musuh2 islam dan izinkanlah ketabahan dan kesabaranMU pada mereka,tanpa keizinan dariMU semuanya tidak pernah akan terjadi,"dan apabila Engkau katakan jadi'maka jadilah ia"..


subhanallah,berbaloi-baloi sape saje yang datang sini sebab barang2 disini memang sangat murah dan semuanya cantik2 blaka..tidak rugi lah datang sini..pelbagai juadah makanan dan permainan serta cenderahati yang pelbagai ..yang paling best,murah..

 PANTUN REKA-REKA SENDIRI DARIKU..
SYUKRAN JAZILAN,SETAKAT INI DULU CORETAN DARI NISA,
ADA UMUR PANJANG BERJUMPA LAGI,
BERTAKWALAH KEPADA TUHAN YANG MAHA,
ADA PENGALAMAN BARU INSYAALLAH BERKONGSI LAGI..