Thursday, January 19, 2012

UHIBBUKI FILLAH~SAHABAT~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih lagi diizinkan ALLAH SWT untuk nisa kongsikan apa saja yang terlintas dihati,segala curahan datangnya dari Allah Maha Kuasa atas segalanya.semua ilmu yang dikongsi datangnya dari Allah,maka segala pujian hanyalah buatNYA..KEKASIH HATI KITA (DALAM SUJUDMU)



SIAPA TAHU ERTI SEORANG SAHABAT?


Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah s.a.w) kepada anaknya:

Pertama~ pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua ~ pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga ~ pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat ~ pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima ~ sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.



Pastinya pelbagai pandangan dan pendapat terhadap erti sahabat..

Pada nisa,SAHABAT ialah,orang yang berkawan dengan kita kerana Allah..bukan kerana rupa,pangkat mahupun darjat.

bersahabatlah kerana Allah..kerana bersahabat keranaNYA hanya akan kekal ke syurga,insyaAllah...

SAHABAT sejati,pernah DENGAR TAK? 

**sahabat sejati pada nisa juga bersahabat kerana Allah,apa jua berlaku dia sentiasa akan menunjukkan jalan buat kita ke arah yang benar,ke arah jalan yang lurus..jalan lurus,bukan bererti jalan yang lurus di jalanan tu..tapi yang yang membawa kita ke arah SYURGA,tidak membiarkan kita sendirian,dikuasai SYAITAN yang selalu menggoda.

SAHABAT yang BERIMAN..

***SAHABAT yang beriman,membawa kita ke jalan yang   benar,menegur andai kita salah..nisa x faham,kenapa ada orang kata "SAYA SAYANG SAHABAT SAYA" tapi apa yang nisa tengok,itu hanyalah ucapan KOSONG sahaja,

CONTOH.. 
                   ~ bila kawan dia buat salah..dia biarkan..
                    : tak tutup aurat, "kenapa tak tegur?"
                       ramai kata sayang sahabat,
                       hakikatnya"x beranilah nak tegur"


ALASAN:    "kesianlah,nanti dia sedih.."
                      "tak nak tegurlah,nanti dia tak nak kawan"

banyak sangat alasan-alasannya..sedih rasanya,tak nak tegur takut itu dan ini,tapi pernah kita fikir tak,kerana kita tak tegur,dia akan terus hanyut,hanyut dan hanyut..
sanggup ke kita tengok sahabat kita di campakkan ke neraka!


   "BERKATA BENAR WALAU PAHIT SEKALIPUN"

*SAYANG sahabat kita..

"sepatutnya kita tegur..tapi teguran itu mestilah teguran     dengan bicara iman.BUKAN biarkan mereka terus melakukan perkara yang Allah Murka,Nauzubillah min zalik.
bukan memaki hamun,mengata sana sini.tegurlah secara baik..kita hanya mampu berusaha..Allah yang akan merubah ,membolak-balikkan hati manusia."serahkan segalanya padaNYA,Hanya Allah berkuasa atas hati-hati mereka.Doakan mereka.. :)

                  ~~~~~usaha~doa~tawakal~~~~~~

Allahu Akbar! berapa ramai sahabat kita yang tegur bila kita buat salah?berapa ramai yang kita tegur sahabat kita bila dia buat salah? marah biarlah kerana Allah..suka juga biarlah kerana Allah.     

        

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sahabat..

perjuangan tak pernah putus..
kerana diikat dengan rantai iman..
mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhwah..
istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan..
semoga ikatan ukhwah ini terbina selamanya..
berukhwahlah kerana Allah..
hanya itu yang membahagiakanmu sampai syurga abadi nanti...

sahabat..

jika hari ini aku terlalu gembira..
sedarkan aku dengan amaran Allah.. 
jika aku bersedih tanpa kata..
pujuklah aku dengan tarbiah pencipta..
jika aku lemah tak berdaya..
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..
jika antara kita ada tembok pemisah..
ajaklah aku meleraikannya..
jika pernah hatimu terluka disebabkan daku..
luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku..

kata-kata ini,ku dedikasikan buat sahabatku tersayang..
semua sahabat yang pernah mengenali diri ini..salam mahabbah,salam ukhuwah Fillah..(^_^)





~~~~~~~~~~~~~~Muhasabah diri bersama~~~~~~~~~~~~~~~~~


1 comment:

  1. mana yang baik diambil dgn ikhlas hati..mana yang buruk jadikan sbg pngajran serta renungan hati,jaga iman jaga hati..:)

    ReplyDelete