Saturday, February 4, 2012

Benarkah kita cintakan RASULULLAH SAW..

Assalamulaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..segala pujian kupanjatkan buatNYA.

ALHAMDULILLAH..kerana Allah masih lagi mengizinkan ana untuk menulis dalam blog ini,mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dariNYA atas setiap yang kita lakukan,insyaAllah!AMIN..

SEJARAH berulang lagi..Hari ni,cukup-cukup bersejarah buat kita,kerana tanggal 12 Rabiul Awal 1433h mengingati kembali saat lahirnya insan Agong,kekasih Allah Nabi MUHAMMAD SAW..sollu 'alan nabiy 
صلي ألله علي محمد ,صلي  ألله عليه وسلم


pernah kita dengar ramai orang kata "aku sayang NABI"

tapi sejauh mana sayangnya kita pada Nabi MUHAMMAD SAW??
Allahu Akbar! mengucapkan apa saja memang senang,tapi nak lakukannya?ramai tak yang lakukan sebagai mana kita berkata?ana sendiri pun rasanya terlalu kerdil dan hinanya diri,bila mendengar kisah para SAHABAT  BAGINDA ..BETAPA HEBATNYA,ukhuwah mereka.."ketahuilah,DIAlah yang menghapuskan kenikmatan sementara,DIAlah yang memisahkan pertemuan di dunia."
bila sahabat-sahabat postkan tentang wafatnya Baginda Muhammad SAW,tak sanggup rasanya nak baca,muhasabah diri bersama..


cuba kita lihat,berapa ramai yang ikut apa yang Nabi kita tinggalkan?sabda Baginda:"wahai ummatku,aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara iaitu: Al-Quran dan Sunnahku,lihatlah Sahabat,betapa sayangnya Baginda kepada ummatnya.tapi tak ramai yang mengikuti apa yang rasulullah berikan,malah sanggup melanggar hukum Allah.nauzubillah min zalik..

jika kita sayang Allah SWT dan Rasulullah SAW, BUKTIKAN!
 macam mana nak buktikan?
                    
Sebagaimana dalam rukun islam,antaranya je ni yang ana amik.sebab rasanya semua dah tahu kan,adik tadika pun tahu..:)

               ---->> solat lima waktu sehari (kerana Allah,tanda bersyukur pdNYA)
                     ---->> berpuasa dibulan ramadhan (kerana Allah)
tapi yang kebanyakannya apa? solat tu semesti dah,tapi kita tak nampak,sebab rumah masing-masing..
cuba teka apa...??
AURAT
ALLAHU AKBAR! ana teringat sabda Rasulullah SAW..

"DARI AISYAH RA,bahawa adiknya ASMA pernah datang mengadap RASULULLAH dengan pakaian yang nipis..lalu Baginda bersabda:"apabila seseorang wanita telah baligh,tidak boleh lagi terlihat (auratnya)..kecuali ini dan itu,Rasulullah saw menunjukkan pada muka dan tapak tangan baginda"(HR ABU DAUD) Andai benar kita cintakan Baginda sudah tentu kita tinggalkan apa yang tidak disukainya..ramai tak yang pakai baju nipis sekarang??jadi cintakah kita pada Rasulullah?atau sekadar berkata-kata??muhasabah bersama..

Sabda Rasulullah saw lagi" Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat & menarik orang lain membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga"dan tidak akan mencium baunya"(hr MUSLIM) 
Allahu Akbar!
ramai tak kita tengok orang yang menutup aurat berlandaskan syariat islam?Allahu  Akbar, minta dijauhkan semua itu,ramai yang membungkus aurat tapi tak ramai yang menutup aurat mengikut syara'

Antara yang lain juga dapat kita lihat akhir zaman ni,semakin menjadi-jadi iaitu,COUPLE!
nauzubillah min zalik,moga Allah lindungan hati-hati kita semua,dari perkara yang Allah Murkai ini.barangkali mereka yang bercouple rasa suka didunia,tapi bagaimana di akhirat sana,sahabatku,nasihatku ini,bukanlah untuk ku tujukan pada sesiapa,tadi kerana sayangnya diri ini padamu wahai sahabat muslimatku,kerana kita adalah saudara.."ballighuni walau aayah" "sampaikanlah walau sepotong ayat"
ummat muhammad,layakkah kita menjadi Muhammad setelah apa yang kita lakukan sehingga saat ini..ALLAHU AKBAR

Rasulullah saw pernah bersabda: " tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim(HR BUKHARI MUSLIM)

Sabda Rasulullah saw lagi: "tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya syaitan" (HR AHMAD TIRMIZI & HAKIM) nauzubillah min zalik

" setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum ,supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti ia telah berzina" (HR AHMAD)

SUBHANALLAH..ALLAHU AKBAR..
JADI..adakah ini tandanya kita sayangkan Rasulullah saw? dengan melakukan apa yang ALLAH DAN RASUL LARANG?atau kita sekadar tulis saja ?tepuk dada tanya IMAN.

sama-samalah kita berubah kerana Allah..tarikh 12 Rabiul Awal yang penuh sejarah ini..
semoga kita semua sentiasa dipayungi kasih sayang dalam RAHMATNYA,semoga hidup kita semua diberkati Allah SWT..AMIN,AMIN,AMIN..SEMOGA KITA BERTEMU DITAMAN SYURGA,ALLHU AKBAR.mudah-mudahan,AMIN,


("sesungguhnya aku tak layak ke SYURGAMU,
namun tak sanggup juga aku ke NERAKAMU")

1 comment:

  1. Salam maulidur rasul...
    mari buktikan cinta kpdnya melalui penegakkan sunnahnya...=)

    ReplyDelete