Thursday, May 3, 2012

Thailand..rindu negara Allah itu..

Alhamdulillah..Allah masih lagi mengizinkan ana dan keluarga menjejakkan kaki ke thailand,negara penuh sejarah..pelbagai ujian dan cubaan disana,semoga dengan ujian yang diberikan,menguatkan lagi umat islam,saudara seislam kita disana,insyaAllah..

ni ada sedikit gambar..yang sempat kami ambil sewaktu disana..semoga   bermanfaat..lihatlah dengan mata hatimu :)


   

 perahu...antara penumpang yg naik untuk ke sana..

   terharu melihat pak cik ni..sanggup berpanas..demi mencari nafkah    buat    anak dan isteri..menjalankan kewajipan sebagai seoarang suami dan juga  ayah.

makanan orang islam di thailand,namanya..entah,lupa..huhu :) syukur dapat juga merasainya..Alhamdulillah,bertuah! ^_^

Tuesday, May 1, 2012

EXAM?apakah ujian semata?

Assalamualaiku..

Subhanallah,Allahu Akbar..Apa khabar iman kita hari ini?ana ingin minta maaf sangat2 buat sahabat semua kerana tidak berkesempatan untuk update blog ana ni,dek kerana kesibukan masa belajar dan ana baru sudah habis final Exam,Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar dengan izinNYA.


InsyaAllah sempena cuti 2 bulan ini,ana akan cuba menjenguk-jenguk blog ini..mudahan segalanya berjalan dengan lancar dan bersyukur sangat masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah S.W.T untuk mencoretkan sedikit sebanyak apa yang ada buat tatapan sahabat samua.insyaAllah.. :)

Exam..sebenarnya tanpa kita sedari,exam kita dimanaPUN TAK KIRA di sekolah mahupun ipt ,ia merupakan exam dari Allah untuk menguji kesabaran dan juga keikhlasan kita dalam menghadapi EXAM!adakah keranaNYA ataupun diri sendiri??

EXAM..UNTUK SIAPA?


Alhamdulillah selesai sudah final exam,ijazah syariah tahun 2.sedikit sebanyak memberikan pengajaran juga sebenarnya bila kita melalui sendiri..


keadaan FINAL EXAM yang cukup membahagiakan bila kita melakukannya kerana Allah,pasti kenikmatan itu kita rasai,jatuh bangun adalah perkara biasa,tak ada manusia yang berjaya tak pernah gagal.


tapi pernah terfikirkah kita bagaimana agaknya kita exam untuk SIAPA?

pernah terfikirkah kita apa kita Exam?


Apa yang ana alami sendiri,melihat,memerhati keadaan sekeliling amat mengecewakan bila ada dikalangan sahabat-sahabat yang sanggup membelakangkan Allah demi untuk mencapai hasratnya,

mengharapkan pointer tinggi,Allahu Akbar! tidakkah kecewa ibu dan ayah kita,Apatah lagi khalid,yang menciptakan kita, paling menyedihkan apabila exam bukan niat kerana Allah..sedangkan "setiap apa yang hendak kita lakukan mestilah dengan niat yang betul" tapi perkara ini sudah tak lagi tersemat dalam hati kita,nauzubillah min zalik..



Apa yang menyedihkan lagi sanggup meniru, tahukah kita apa yang kita lakukan sekarang umpama "MENIRU" mampu merosakkan hidup KITA!


Hasil meniru itu kemana??


isteri/suami kita kelak..dengan wang hasil dari kita meniru itulah bakal kita berikan pada anak2 kita.

pekerjaan kita,nafkah anak-anak,semuanya akan jadi darah daging .jadi apakah terjamin kita "SELAMAT" dari mendapat REDHANYA?? sedangkan kita mengharapkan REDHANYA,tapi lihatlah apa yang kita lakukan hasil kita meniru..akhirnya menjerat diri sendiri.nauzubillah min zalik..moga 2 Allah melindungi kita semua,insyaAllah..AMIN,AMIN,AMIN..

 

ustaz,ustazah ana selalu pesan sewaktu dibangku sekolah dulu,dan inilah pesanan ustazah"anak muridku yang amat ku sayangi keranaNYA,buatlah sesuatu keranaNYA,bila kita buat hanya keranaNYA maka bahagialah kita didunia dan akhirat" ingat!sekiranya kamu meniru,hasil dari kamu meniru itu,kamu beroleh kejayaan,hasil kejayaan itu,kamu beroleh pekerjaan,dan hasil pekerjaan itu kamu mendapat rezeki,maka rezeki tu kamu akan gunakan untuk dirimu,ibu bapamu,suami/isteri bila dah berkahwin,seterusnya anakmu..menjadi darah daging hasil daripada perbuatan meniru kamu dulu"apakah ada redha Allah jika kamu meniru"?? tepuk dada tanya Iman..

 

maka fikir-fikirkanlah kita..bagaimana kita mengharapkan redha Allah,tapi dalam masa yang sama kita melakukan perkara yang Allah benci..Allahu Akbar!itulah yang terjadi sekarang,nauzubillah min zalik,moga2 kita dijauhkan dari melakukannya,dan andai kita dah melakukannya,maka bersegeralah kita untuk bertaubat..kerana rahmat dan pengampunan Allah cukup luas..Allah amat suka pada hambaNYA yang memohon,meminta Ampunan darinya,kerana Allah MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG..

~MOGA ALLAH KASIH~ALLAHU AKBAR..SUBHANALLAH..