Friday, July 29, 2011

Ahlan Wasahlan...Ya Ramadhan...
ASSALAMUALAIKUM..
BUAT SAHABAT-SAHABAT yang nisa kasihi kerana Allah semua..
kehadiran yang dinanti hari demi hari..
kini tinggal sehari lagi untuk kita berjumpa ya Ramadhan..
mudahan kali ini lebih bermakna dan baik buat kita semua..wahai umat islam yang menantikan kehadirannya..
segala persiapan rohani dan jasmani sedia untuk menghadapinya..insyaAllah..
mudahan pahala dapat dikutip sebanyak mungkin pada ramadhan kali ini...
mudahan tahun ini juga dapat kita bertemu dengan Lailatul Qadar..amin,insyaAllah..
itulah yang sering diharapkan semua umat islam.

InsyaAllah kita akan bertemu ramadhan tidak kurang sehari lagi..mudahan sebulan ramadhan kali ini meninggalkan banyak pengertian dan penghayatan dibulan ramadhan ini..semoga kita semua peroleh keberkatannya dan ganjaran-ganjaran yang dijanjikan oleh Allah..insyaAllah pintu syurga buat kita semua,keran ketika inilah peluang banyak diberikan untuk kita meraih apa sahaja ..pintu neraka telah pun ditutup rapat-rapat,dan pintu syurga telah pun dibuka seluas-luasnya..dan dirantai syaitan-syaitan..malaikat datang sentiasa  mendoakan  bagi yang mengerjakan amal soleh..jangan dilupa solat tarawih..(^_^)
bagi yang belajar mahupun bekerja..tiada alasan untuk tidak pergi ke masjid solat tarawih lagi..nanti masih ada lagikah alasan kita bila menghadap Allah di alam sana.nauzubillah..mudahan kita sentiasa ringan untuk ke masjid ataupun jika berdekatan dengan surau-surau boleh juga buat kaum hawa..inilah masanya untuk kita mendapat sebanyak mungkin pahala dari Allah ,mudah jika hati ikhlas..sebagai hamba untuk kita berterima kasih buat pencipta kita ,ALLAH S.W.T..InsyaAllah tiada rugi hamba yang melakukannya dan ganjaran yang besar dan istimewa menanti disana..mudahan semuanya dapat berpuasa dengan sebaik-baiknya..iaitu berpuasa semuanya:
antaranya: 

puasa mata..
*tidak melihat perkara-perkara maksiat(bukan saja dibulan Ramadhan bahkan telah diingatkan oleh Allah agar menjaga pandangan semasa hidup agar tidak terjebak dengan maksiat)


*puasa telinga
menjaga pendengaran dari mendengar perkara-perkara maksiat,contohnya lagu yang keluar dari syarak,lagu yang berunsur maksiat dan muzik2 yang diharamkan dalam islam,selain itu mendengar umpatan orang .

*puasa mulut,
selain daripada tidak makan kerana berpuasa,yang wajib dijaga juga supaya tidak bercakap perkara-perkara yang membawa kepada dosa seperti mengumpat kepada orang..orang yang mengumpat kepada orang lain diibaratkan dia memakan darah daging saudaranya sendiri yang baru mati.nauzubillah min zalik,(minta dijauhkan ya Allah)

*puasa kaki
waktu sepatutnya masjid tempat kita,namun ada lagi yang masih leka dengan dunia fana ini,contohnya kaki yang Allah kurniakan dengan nikmat yang diberi  untuk berjalan disalah gunakan..ada yang pergi ke tempat maksiat sebagai contoh,tempat perjudian,tempat mereka bertemu dengan kekasih(antara dia dan kekasihnya itu telah terselit syaitan)nauzubillah 
hanya ini sahaja yang nisa boleh lontarkan..insyaAllah dan kesempatan bersua lagi..


jika ada nak tambah apa-apa sahaja berkaitan dengan puasa silakan..:)

  

Ramadhan..kami sentiasa merinduimu..
kami merindukan bulan keberkatan ini..
kami merindukan bulan mulia ini..
kami merindui manisnya ganjaran -ganjaran pada bulanmu ini..
kami merindui manisnya berpuasa wajib yang ditentukan ini..
kami lebih merindui rasulullah saat ramadhan datang
dengan kisah-kisah yang pernah terjadi pada baginda dan 
sahabat ketika dibulan Mulia Bulan keberkatan "RAMADHAN AL-MUBARAK"
~MARHABAN YA RAMADHAN~

by:Nur Annisa binti Zulkifli

No comments:

Post a Comment