Friday, January 6, 2012

RENUNGAN BERSAMA... ^^



Basahilah muka dengan wudhuk, kerana ia akan bersinar di akhirat kelak. basahilah lidah dengan zikrullah dan biarlah ia melebihi dr menyebut perkara lagha. subhanallah.Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah. :)

                                                                                                          

❤ Renungan hari khamis malam jumaat ❤

Allah Swt hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup :-

❀ Panggilan pertama adalah ketika AZAN ❀
Itu adalah panggilan Allah Swt yang pertama..Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita,sangat kuat terdengar..Ketika kita solat,sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah Swt ツ

❀ Panggilan yang kedua adalah Panggilan UMRAH / HAJI ❀
Panggilan ini bersifat halus..Allah Swt memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’..Hamba yang satu mendapat peluang yang berbeza dengan hamba yang lain,jalannya bermacam-macam..Yang tidak mempunyai wang jadi mempunyai wang,yang tidak merancang ternyata akan pergi,ada yang memang merancang dan terkabul perancangannya ツ

❀ Panggilan ketiga,adalah KEMATIAN ❀
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita..Pada kebanyakannya,Allah Swt tidak memberikan tanda-tanda secara langsung,dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan..Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh..Kerana itu,manfaatkan waktumu sebaik-baiknya ツ

 <3 <3 
                                                                                                            

PERHATIAN UNTUK WANITA !!

kalau ada yang cuba mengorat anda , katakanlah padanya...

"MAAF!! untuk kali ni, HARAP AWAK FAHAM.
... Saya tak nak kita jadi macam orang lain. SAYA nak BERKAT ALLAH.
BIARLAH AWAK FIKIR SAYA SOMBONG, taknak layan awak!
Cuma kalau satu hari nanti, kalau AWAK RASA SAYA LAYAK JADI IBU KEPADA ANAK-ANAK AWAK,
Jumpalah mak ayah saya. Kita bercinta lepas nikah"

----->jual mahallah cikit..daripada murah maruah...huhuhu

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_<---tu mak ayah ada kat dalam
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿★
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██





- Kisah Benar -

Pelajar : Ustazah,doakan saya ustazah,saya nak dapat 5A dalam UPSR ni.Serius.
Ustazah:Ya,insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah :Ya,apa nama awak?
Pelajar : Adam ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya.Mak saya kata,kalau saya dapat 5A,saya boleh mintak apa saja.Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa pada si pelajar tadi.Allahurobbi..T_T

Jenaka ringan penyegar minda =)



***

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas. :)                                                                                                        MOTIFNYA..janganlah jadi pemalas! kerana orang yang malas tak kan berjaya..dan malas juga adalah perangai syaitan..syaitan sentiasa menghasut kita untuk mengikut jejaknya yang memang..malas! :) jadilah Hamba Allah Yang Rajin,rajin KeranaNYA..WAllahu a'lam..                 

Saturday, December 31, 2011

NIKAH dulu baru CINTA!

Ali : "Rugilah ko tak approach dia. Awek cuns solehah tu kot. Dia pun dah bagi respon baik tu. Lampu hijau terang tang tang dah utk ko. Apesal ko tak manfaatkan peluang baik camni? Jgn tunggu lama-lama nanti dikebas orang."

Member : "Allah..Aku pun mmg ada niat nak nikahi dia. Tapi dengan keadaan aku yg tak ada apa-apa skrg, tak mampu nak bagi nafkah kat dia, aku serahkan bulat-bulat pada Allah utk Dia jaga sepenuhnya diri dan hati dia. Jika dia mmg Allah takdirkan untuk aku, cepat atau lambat dia tetap akan jadi milik aku. Jika aku terima dia skrg, atau mulakan hubungan dengan keadaan aku tak dapat jamin aku boleh nikahi dia dengan cepat, aku rasa aku dah khianati Dia dan dia. Malah, aku mungkin akan cemarkan perjalanan suci hidupnya. Maksud aku, dia mungkin sebenarnya hak orang lain yg Allah dah takdirkan lebih baik utk dia. Aku tak tahu dengan tepat siapa jodoh aku. Kau pun tak tahu. Sikit pun tak.

Biarlah dikebas orang, mungkin orang tu mmg untuk dia pun. Jika dah serah bulat-bulat padu percaya pada Allah, tenang sahajalah. Kenapa nak rasa rugi? Kenapa nak terburu-buru?"

BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT..




Orang yang berjaya ,"memaksa" dirinya untuk BERUBAH!
manakala Orang yang gagal,berubah hanya apabila terpaksa ."
renung2kan..muhasabah diri bersama..:)

UJIAN DARINYA..(BERSABARLAH DUHAI HATI)






Berdoalah pada yang MAHA KUASA,Mencipta seluruh makhluk diBUMI ini..
Mintalah apa saja dariNYA..SESUNGGUHNYA DIA MAHA PEMURAH..:)
DIAlah yang MAHA HEBAT!

manusia tak pernah lari dari ditimpa ujian dariNYA..DIA memberi Ujian pada KITA,menandakan BETAPA saaaayangnya DIA pada kita, NIKMAT paling Besar adalah apabila kita diTIMPA ujian dariNYA,kita berSABAR..SUBHANALLAH..
INDAH kan orang yang dapat berSABAR atas ujian yang diberi olehNYA..NIKMAT itu dapat kita rasai setelah ujian kita menerimanya dengan penuh kesabaran dan ketabahan..BERDOALAH,DAN BERTAWAKKAL..

ALLAH MAHA ADIL!

Saturday, December 24, 2011

Dosa seorang ibu membuang anak akhirnya terbalas!

(Kisah Sedih) Dosa seorang ibu membuang anak akhirnya terbalas!





20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.
Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak

Friday, December 23, 2011

( PALESTIN) RINDU KEDAMAIAN-DEVOTEES



VIDEO ni nisa hasilkan selepas mendengar saja lagu nasyid dari kumpulan DEVOTEES ni ,lagu rindu kedamaian ni ,cukup-cukup menyentuh hati, menusuk kalbu nisa..kata-kata didalamnya cukup menyentuh,bila dengar pelbagai perasaan ada,sedih ,pilu ..untuk pengetahuan sahabat2 semua yang masih ada yang tidak kenal devotees mula bertapak pada tahun 2006,time tu nisa tingkatan 4,DEVOTEES sudah 6tahun dalam industri nasyid ini,pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui oleh anggota kumpulan nayid ini,antaranya adalah MUHAMMAD sebagai ketua kumpulan,dan ADI ,ADI pun sudah lama dalam kumpulan ni kekal sampai sekarang,semoga ADI terus bertahan dalam kumpalan nasyid ni untuk teruskan perjuangan dan DAKWAH lillahi taala ni,juga ABD HALIM AHMAD,serta Shauki..akhi shauki kita..SEMOGA MEREKA yang BERDAKWAH melalui NASYID ini akan terus TABAH DAN SABAR,KUAT hadapi segala rintangan..ni adalah kumpulan nasyid yang nisa sangat minat,:) adalah kisah disebaliknya,nanti ada masa nisa ceritakan..


cam2.tapi bukan ini yang nisa nak coretkan..sebenarnya nisa nak tunjuk kembali setelah 9tahun iraq berperang dengan us kini dikhabarkan telah tamat dari peperangan itu.us telah m'isytiharkan tamat perang,sahabat..apa yang sahabat fikir tentang ini semua..terpulang pada hati masing2 yang memikirkannya,setelah berpuluh ribu nyawa yang terkorban dalam peperangan itu,ALLAHU AKBAR!


Mudahan kita semua sedar apa kewajipan kita sebagai seorang muslim, !
lakukanlah ia sebagai Hamba, Hamba Allah! ayuh sama-sama lakukan apa yang boleh membantu.kita boleh boikot barang-barangnya,kita juga boleh melakukan hal yang amat mudah sangat, tahu apa? doa!
doalah sahabat2ku..Allah tak pernah tidur dan tak pernah tinggalkan kita,cuma kita saja yang sering lupakan ALLAH..nauzubillah minzalik.


menolong orang tak semestinya secara zahir,sekiranya kita tak mampu melakukan ,kita menyampaikan pada semua melalui lisan kita,sekiranya tak mampu juga berdoalah,sekiranya tak mampu jua,mati lah namanya..:)


mudahan dengan niat yang ikhlas keranaNYA,kita semua beroleh ganjaran disisiNYA,kerana KITA semua datang ke bumi dengan satu tujuan,iaitu menjadi hamba kepada Allah yang telah menciptakan kita,dan balasannya akan kita dapat disana nanti,itulah adanya syurga dan neraka,Allah maha ADIL,kerana setiap manusia yang melakukan atas perbuatan itu ALLAH memberikan balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan atas muka bumi Allah penuh barakah ini,SUBHANALLAH!


orang jahat akan dibalas jahat,orang baik dibalas baik di akhirat sana..ADILkan Allah,
cuba kita fikir kalau ALLAH xjadikan syurga dan neraka,mana kita nak dapat keadilan ?contohnya seperti mangsa yang dirogol,bayi yang dibuang dalam longkang,tong sampah , anak yang Derhaka kepada kedua ibu bapanya,orang yang dianiayai sesama manusia,orang yang dibunuh dengan kejam,mana keadilan?? itulah sebabnya untuk ALLAH ciptakan syurga dan neraka,setiap yang dilakukan pastinya ada pembalasan masing-masing,MAHA SUCI ALLAH!


"TAHUKAH SAHABATKU..MENGAPA SUKAR DAN BERATNYA UJIAN ALLAH PADA HAMBANYA?KERANA SYURGA ITU TERLALU INDAH!"


NAMUN,KETAHUILAH..ALLAH TIDAK PERNAH MENGUJI HAMBANYA MELAINKAN UJIAN ITU TIDAK MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBANYA.KERANA DIA TAHU KEMAMPUAN HAMBANYA...