Monday, June 13, 2011

Hanya Hamba

Assalamualaikum,buat sahabat2 yg sntiasa dikasihi ALLAH SWT semoga kalian berada dalam keadaan baik-baik hendaknya..dan sentiasa berada dalam payungan Kasih Sayang dan Rahmat Allah swt.

sebelum itu , suka saya untuk membiasakan diri dgn panggilan nisa, kerana nisa dalam bahasa arabnya yg semua ketahui "annisa' adalah wanita..nisa juga ingin menjadi wanita dan bukanlah "tino" bak kata orang kelantan..ingin menjadi seorang wanita solehah buat Allah,nisa juga yakin wanita2 diluar sana juga ingin menjadi wanita yang solehah buat ALLAH,betul tak kaum hawa sekalian, (^_^)  apa yang ingin nisa coretkan buat sahabat-sahabat tentang pengalaman saya sebagai "fasilitator " dan insyaALLAH suatu masa nanti akan menjadi pendakwah jika diizinNYA.. :)

mungkin ini adalah salah satu ujian yang ALLAH cuba bagi pada nisa dan sahabat-sahabat lain,dalam kami sedang mengejar ilmu diluar sana kami turut juga diujiNYA untuk m'dakwah adik-adik semua.Dalam menghadapi pelbagai karenah adik-adik sedikit sabanyak menguji tahap kesabaran dan diri sendiri sebenarnya.
tidak mudah untuk nisa dan sahabat lain untuk menjalankan amanah Allah,tahap kesabaran amatlah tinggi untuk menghadapi pelbagai jenis ragam manusia,biasalah bila kita dah jadi ketua ramai yang tidak suka,ada tu bila ditegur sedikit terus melenting dan akhirnya minta pulang dan tak nak teruskan lagi.ini juga cabaran bagi nisa untuk bertenang dalam menangani masalah seperti ini,waktu dan saat seperti ini lah kesabaran yang kuat diperlukan.Alhamdulillah adik yang ingin pulang itu akhirnya membatalkan niatnya..terima kasih Ya Allah Engkau telah membuka hatinya untuk terus bersama kami.

No comments:

Post a Comment