Friday, June 10, 2011

WANITA CALON PENGHUNI SYURGA

Sesungguhnya tuhan yang memberimu kecukupan pada hari kelmarin.Dia pulalah yang akan memberi kecukupan kepadamu pada hari esokmu.

Diriwayatkan oleh Atha Ibnu Abi Rabah. Ia berkata : " Ibnu Abbas R.A. berkata kepadaku : " Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?"

Aku mengjawab :" Mahu!" DIa berkata :" seorang Wanita kulit hitam pernah menemui Rasulullah S.A.W. kemudian  berkata :" sesungguhnya penyakit ayan yang aku deritai sering menyingkap auratku.Maka berdoalah kepada Allah untuk kesembuhanku." Rasulullah S.A.W.  bersabda :

       "  ان شئت صبرت ولك الجنة و ان شئت دعوت الله ان يعا فيك  "

Jika engkau mahu bersabar , engkau akan memperolehi syurga . Namun jika engkau mahu sembuh , aku akan berdoa agar Allah  S.W.T  menyembuhkan penyakitmu."

wanita ini adalah seorang yang mukmin lagi bertakwa. Dia redha dengan cubaan yang selalu menimpanya dalam kehidupan dunia yang fana' ini kerana mengharapkan syurga sebagai imbalannya .

sesungguhnya dia memperoleh keuntungan dalam jual belinya sehingga ia menjadi calon penghuni syurga.

Akan tetapi, dia menolak apabila orang lain melihat auratnya saat dia dalam keadaan ayan , kerana perkara ini tidak layak bagi seorang wanita muslimah yang pemalu lagi bertakwa .

jadi, apa yang harus kita katakan kepada wanita-wanita yang mengaku mukminah namun menggoda dengan menampakkan keindahan tubuhnya dan melepaskan auratnya hingga nyaris telanjang?

petikan dari : buku "jangan bersedih" jadilah wanita yang paling BAHAGIA.....

No comments:

Post a Comment