Wednesday, August 17, 2011

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah selamanya..   
disini nisa ingin berkongsi sedikit rahsia..bulan ramadhan..   

MALAM LAILATUL-QADAR       

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.  

Maksudnya:  " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "         
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.
 
Maksudnya:      
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta  mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada  dosa-dosa yang telah lalu " 


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:    

Maksudnya:  " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. " Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:  

Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan         dalam malam ganjil. " Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. 

Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." 


Daripada Riwayat Mu'awiyah:    
Maksudnya:    " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar  iaitu malam ke-27. "  
     
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar. 

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:    Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam  yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. 

"  Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati  malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:  Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah   keampunan-Mu untukku. "     


   Petikan dari :   FIQH & Perundangan Islam Jilid II   Wahbah al-Zuhaili   Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.   


Allahu Akbar..paling sayu dan paling sedih apabila menadah tangan ,berdoa padaNYA , sewaktu imam membaca doa Qunut semasa solat sunat witir tadi, dengan doanya yang penuh mendalam, tanpa disedari air mata membasahi pipi,Ya Allah.. Ya Rasulullah.. sungguh terasa diri ini betapa bertuahnya masih lagi bernyawa , masih lagi mengharap akan rahmat dan pengampunan dariMU, kerana ku yakin janji tidak pernah dusta, kerana diri ini tahu janjiMU adalah pasti..  

Ya Rabb.. Siapa sangka dalam bacaan ayat2 suci ini ,tanpa disedari menitis air mata ini,mendengar kalamMU  ya ALLAH.. setiap barisan doa yang dibaca imam begitu menusuk kalbu ini..sehingga teringat-ingat dan sukar diri ini  melelapkan mata..Ya Allah..ku akui betapa besarnya keagunganMU..SUBHANALLAH terasa ajaibnya perasaanku malam ini..malam yang juga diketahui semua adalah malam nuzul Quran..meskipun dah masuk 18 haribulan beberapa jam yang berlalu sebentar tadi..sungguh aku merinduimu Ya Rasulullah..  

hati ini sering tertanya -tanya, apakah masih ada peluang untukku merasai ramadhan tahun hadapan? apakah masih ada peluang untukku berbuat amal sebagai membalas atas segala nikmat yang Kau berikan,sehingga ku tak mampu lagi untuk memikirkan apa yang patut aku lakukan .. Allahu Akbar..  hari demi hari ramadhan berlalu pergi.. kini tinggal tak kurang dari 12 hari lagi untuk merasai Ramadhan karem..bulan penuh barakah ini..subhanallah..rasa sedih, takut ,bimbang. , gembira .semuanya bercampur baur..tak dapat nak digambarkan lagi.. 

apa yang bermain difikiran ini "apakah masih ada ruang dan peluang untukku dan keluargaku serta sahabat2ku semua merasai lagi Ramadhan pada tahun hadapan"..Allahu Akbar! apa yang dapat nisa katakan, Allah melihat apa yang kita buat,kita rancang dan sebagainya,dan mengharapkan ALLAH masih lagi memberi ruang dan peluang pada kita semua agar dapat lagi merasai nikmatnya dibulan ramadhan, manisnya iman, manisnya ujian yang diberi walau hanya diuji dengan apa cara sekalipun, mudahan dibulan Ramadhan yang mulia ini,berkat bulan Ramadhan..kita semua mendapat ganjaran yang dijanjikanNYA, dan jika nak kan ganjaran-ganjaran yang dijanji oleh ALLAH, jadi kenalah buat.. :)  

setakat ini sahaja dari nisa,mudahan mendapat kebaikan dan manfaat buat semua, sekiranya ada kesalahan ,mohon maaf banyak2..asif jiddan..semoga Allah kasih padamu sahabat2 semua..AMIN.. semoga beroleh keberkatan dunia dan akhirat..akhir kalam..syukran jazilan kerana bersabar membaca.." sabar itu separuh daripada iman" maassalamah..

2 comments:

  1. Salam 'alaik :-)

    alhamdulillah, nice entry..
    Mudah-mudahan bertemu kita semua di malam lailatulqadar, aamiin..insya-ALLAH kita sama-sama doakan ye dik..

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam..syukran jazilan kanda yg disayangi :)
    nisa minta maaf krn lwt reply..
    mudahan kita jumpa lg dgn Ramadhan tahun hadapan, mudahan ia masih mnjdi rezeki dan tetamu Ramadhan lagi..AMIN.

    ReplyDelete