Sunday, September 11, 2011

assalamualaikum..

Assalamualaikum bt sahabat blog yang dikasihi Allah S.W.T..
dapat juga hari ini untuk meluangkan waktu walau sedikit sahaja masa yang ada..kelmarin nisa telah pun kembali ke hostel..untuk meneruskan lagi pengajian ijazah sarjana muda syariah, semoga Allah permudahkan urusan nisa dan sahabat2 disini, insyaAllah..
mungkin sudah yang kembali ke universiti atau kolej masing2 untuk memulakan azam yang baru,disertakan dengan  niat lillahi taala, menimba ilmu ..pelajari ilmu yang baru..mungkin juga ilmu yang tak pernah lagi dengar..yang sentiasa mempunyai manfaatnya..

sem ni mungkin berat la sikit, biasalah bila belajar..memang tak lepas dari pelbagai ujian dan cabaran yang sentiasa menanti..kerana bila kejayaan bakal diraih , itulah kemanisan bila kita diuji dengan pelbagai ujian .. segalanya serah padanya..apa yang penting, kita punyai niat yang ikhlas lillahi taala, usaha dan terus berusaha ..berdoa dan tawakal..mintalah apa saja yang baik dariNYA..sesunggunghnya Allah maha mendengar..

Buat adik-adik yang kak.nisa kasihi sekalian..insyaAllah..dapat meraih kejayaan didunia dan paling penting buat kita.. di akhirat kelak..disanalah nanti penentu hidup kita yang sebenarnya..Allah sayang adik-adik semua..maka diujinya dengan pelbagai cara, dengan belajar..bangun malam untuk study..mesti ada yang liat nak bangun..tapi kena kuat la..:) insyaAllah adik boleh..

pesanan kak buat adik-adik yang baca blog kak ni..:

Sayangilah dan cintailah Allah pencipta kita..dan Rasulullah ..
Solat jangan tinggal..:)  hidup kita akan diberkati Allah  S.W.T..
Taatilah kedua ibu dan bapa kita..andai ibu dan bapa kita derhakai, tiada makna apa2 hidup kita..kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa..jadi..kalau ibu dan ayah dah terasa hati..apa lagi Allah.. macam mana kita nak berkat..pergi ke mana pun hidup tak akan tenang..walau dah kaya, hidup tak kan tenang..bila ada walau secubis terluka dihati ibu dan ayah..setitis air mata ibu yang gugur dek kerana kita..derhakalah kita..jadi, nak ke jadi anak derhaka..tak nak kan..so, kena jadi anak yang baik..berbuat baiklah pada kedua ibu bapa meskipun walau segunung apa pun kebaikan belum lagi dapat membalas jasa ibu dan ayah kita yang ibu mengandungkan kita selama 9 bulan..kesian kat ibu, membawa perutnya ,kita yang kat dalamnya, sedap je..kan ? ..jadi wajarlah kita dan wajib untuk kita mentaatinya dan berbakti kepadanya..
"Dan janganlah kamu berkata ah" sekalipun..berkatalah dengan tutur kata yang baik.."

dan tak kurang juga ada yang ibu bapa mereka yang kurang baik,walau macam mana pun ibu kita ayah kita..kita tetap kena hormat kepadanya..walau apa sekalipun..tapi jika ibu ayah suruh buat perkara yang melanggar syariat islam tu, barulah kita boleh membantah..sebab islam diutamakan..nanti kita sambung lagi ya..wassalam..

No comments:

Post a Comment