Tuesday, June 28, 2011

sepi sementara,mencari dan mencari ..??

salam buat sahabat yang dikasihi Allah SWT..maaf lama tidak menjenguk blog ini,sepi seketika..insyaALLAH ada perkongsian selepas ini ya..apa yg sahabat2 sedang lakukan saat ini,cuti semester,da yg cuti bekerja dan macam -macam lagi..apa pun yang sedang dilakukan saat ini mudahan memdapat keredhaan drp Allah swt..kerana itulah yang paling penting dan yang kita inginkan,tanpa redhaNYA apalah ertinya hidup ini dan apalah gunanya hidup kita buat Pencipta.."mencari cinta ilahi dan keredhaanNYA " itulah yg dikejar kita semua..

Saturday, June 25, 2011

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga

by Nur Annissa on Saturday, 25 June 2011 at 12:35
Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Saturday, June 18, 2011

Senyummu di Depan Saudaramu adalah Sedekah

Senyummu di Depan Saudaramu adalah Sedekah



Rasulullah saw. bersabda, "Senyummu di muka saudaramu adalah sedekah," dan bukan "Senyummu untuk saudaramu." Dalam hadits di atas dipakai kata "muka", kerana pada wajah terdapat banyak indra, dan ia merupakan gambaran hakiki seorang manusia. Oleh kerananya, sebuah senyuman yang tidak terlihat oleh saudara kita, tidak akan mempunyai erti dan tidak akan berkesan.

Senyuman adalah gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan memancar pada wajah seperti kilatan cahaya, seakan berbicara dan memanggil, sehingga hati yang mendengar akan terpikat.

Senyuman yang dibuat-buat tidaklah sama dengan senyuman yang tulus ikhlas. Senyuman yang dibuat buat adalah sebuah kreasi seni, tak lebih dari sebuah plastik. Sedangkan senyuman yang tulus ikhlas adalah fitrah; ia ibarat bunga yang mekar di tangkamya, indah dipandang mata, dan harum baunya, yang menjadikan jiwa terlena dan bersimpati.

Mengenai hal ini Rasulullah telah mengingatkan kepada kita dengan sabdanya,
"Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia."

Lima puluh tahun yang lalu, penemuan ilmiah menyebutkan bahwa tumbuh-tumbuhan akan semakin subur manakala berada di tempat yang di situ terdapat alunan suara berirama slow, dan tumbuh-tumbuhan itu akan merasa "gembira" tatkala pemiliknya menyirami-nya dengan air yang sejuk. Namun sebaliknya, tumbuhtumbuhan itu akan "menangis" tatkala ada yang memetik tangkai dan bunganya.

Rasulullah saw. bersabda,
"Uhud adalah gunung yang mencintai kita dan kita pun mencintainya."

Jika demikian keadaan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda padat, maka keadaan manusia yang telah diberi oleh Allah swt. nikmat berupa indra dan akal tentu lebih dari itu. Itulah rahsia yang tersimpan dalam diri manusia. Manakala ia dapat menyibak rahsia itu, Allah akan membukakan baginya penglihatan dan mata hati mereka yang lalai dan terlena dalam kemaksiatan. Dengan iman, perasaan, dan kekuatan ruhiah, Islam mengubah banyak manusia dengan sebuah perubahan yang tidak bisa dilakukan oleh kekuatan-kekuatan materi.

Seorang da'i hendaklah merasakan nikmat iman yang tulus ikhlas, sehingga ia dapat menembus batu sekeras apa pun dan dapat menumbuhkan pepohonan meski di tengah padang pasir yang gersang. Ia akan dapat mencetak khairu ummah (umat terbaik). Kalau kita teliti, maka akan kita ketahui bahwa yang menyebabkan generasi pertama umat ini masuk Islam adalah senyuman yang tulus, pandangan yang teduh, pergaulan yang simpati, dan ucapan yang berkesan.

Wednesday, June 15, 2011

keindahan ciptaan ALLAH




7 Ayat Cinta Menurut Sabda Rasulullah S.A.W

Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan”:
  1. BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM – pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.
  1. ALHAMDULILLAH – Pada setiap kali habis melakukan sesuatu.
  1. ASTAQHFIRRULLAH HAL A’ZIM – Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
  1. INSYA ALLAH – Jika berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
  1. LAHAULAWALA QUATAILLABILLAH – Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
  1. INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UN – Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
  1. LAAILAAHAILLALLAH – Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t.
*Amalkanlah dan semoga jiwa kita lebih damai...

Tuesday, June 14, 2011

kata-kata ulama

Assalamualaikum..buat sahabat2 yang nisa kasihi semuanya..marilah kita bersama merenung kembali kata-kata ulama ...semoga Allah kasih..Amin ^_^

Ingatlah kata-kata ulama terbilang masa kini Dr. Yusuf Qardawi:
sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.

Tokoh Islam : Jamaluddin Al-Afghani
Perintis Gerakan Islam


beliau menekankan hakikat bahawa keteguhan sesebuah Negara tidak bergantung kepada tenteranya bahkan kepada semangat rakyatnya, akhlak serta keteguhan perpaduan mereka.
            Beliau sentiasa berpendapat umat Islam merosot akhlaknya dan lemah semangat serta dikuasai oleh hawa nafsu yang buas, justeru beliau menaruh keyakinan penuh bahawa kekuasaan Negara Barat ke atas Islam amat bahaya dengan keadaan demikian jika umat Islam tidak berubah, mereka pasti akan menerima nasib lebih buruk lagi.

            Oleh yang demikian umat Islam hendaknya bangkit untuk mengembalikan maruah agama dan diri mereka sebagai umat yang mulia lagi terpuji.

Monday, June 13, 2011

TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI


 
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji
tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang
dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya
membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah
tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri
Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada
siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada
penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga
pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya
terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si
pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang
terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu
berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka
ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada
Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah
engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala
ketentuan-Nya."


Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan
iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan
oleh Allah SWT.

Waalahu'Alam.

Hanya Hamba

Assalamualaikum,buat sahabat2 yg sntiasa dikasihi ALLAH SWT semoga kalian berada dalam keadaan baik-baik hendaknya..dan sentiasa berada dalam payungan Kasih Sayang dan Rahmat Allah swt.

sebelum itu , suka saya untuk membiasakan diri dgn panggilan nisa, kerana nisa dalam bahasa arabnya yg semua ketahui "annisa' adalah wanita..nisa juga ingin menjadi wanita dan bukanlah "tino" bak kata orang kelantan..ingin menjadi seorang wanita solehah buat Allah,nisa juga yakin wanita2 diluar sana juga ingin menjadi wanita yang solehah buat ALLAH,betul tak kaum hawa sekalian, (^_^)  apa yang ingin nisa coretkan buat sahabat-sahabat tentang pengalaman saya sebagai "fasilitator " dan insyaALLAH suatu masa nanti akan menjadi pendakwah jika diizinNYA.. :)

mungkin ini adalah salah satu ujian yang ALLAH cuba bagi pada nisa dan sahabat-sahabat lain,dalam kami sedang mengejar ilmu diluar sana kami turut juga diujiNYA untuk m'dakwah adik-adik semua.Dalam menghadapi pelbagai karenah adik-adik sedikit sabanyak menguji tahap kesabaran dan diri sendiri sebenarnya.
tidak mudah untuk nisa dan sahabat lain untuk menjalankan amanah Allah,tahap kesabaran amatlah tinggi untuk menghadapi pelbagai jenis ragam manusia,biasalah bila kita dah jadi ketua ramai yang tidak suka,ada tu bila ditegur sedikit terus melenting dan akhirnya minta pulang dan tak nak teruskan lagi.ini juga cabaran bagi nisa untuk bertenang dalam menangani masalah seperti ini,waktu dan saat seperti ini lah kesabaran yang kuat diperlukan.Alhamdulillah adik yang ingin pulang itu akhirnya membatalkan niatnya..terima kasih Ya Allah Engkau telah membuka hatinya untuk terus bersama kami.

Saturday, June 11, 2011

Inginku Luahkan..

Tanggal 8.6.2011 ,ustaz ku pergi meninggalkan bumi yang fana ini, kembali kepada penciptaNYA ..beliau merupa Dr Djamalullail Ab Aziz (Pensyarah KIAS & mantan Pensyarah FPIUKM) Beliau adlh dr leluhur ulama tersohor pasentren Lombok Indonesia. Sorng alim terbilang dgn akhlak yg tpuji, seorang ahli ibadat malam sepjg hidup. Semoga ditempatkan dlm kalangan yang beriman bersama mursalin, siddiqin, syuhada dan solihin..hati ini terlalu merindui wajah soleh beliau dan pada malam tadi aku telah bermimpi beliau datang dengan sambil senyum padaku..subhanallah sungguh indah dan besar kuasaMU Ya ALLAH..terubat hati yang merindui hambaMU yang cukup alim dan warak itu , begitu mulia ustaz ini..tempatkanlah beliau dikalangan para solehin dan ahli2 syurga disana , AMIN YA RABB

ma'ani ukhuwah


Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minina kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri).
“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr).
Seorang akh yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat ikhwahnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian.
“Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis). “Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain” (Al-Quran).
Beginilah kita sepatutnya.
[Imam Hasan Al-Banna]

YA ALLAH

Firman Allah subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ar-Rahman,ayat 29:

semua yang ada di langit dan dibumi selalu memohon kepadaNYA,setiap waktu ia berada dalam aktivitiNya.

Apabila laut bergelombang ,ombak bergelora ,dan angin bertiup kencang ,semua penumpang kapal akan berteriak ."YA ALLAH!"


Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir ,kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya,mereka akan berseru :"YA ALLAH!"

Friday, June 10, 2011

WANITA CALON PENGHUNI SYURGA

Sesungguhnya tuhan yang memberimu kecukupan pada hari kelmarin.Dia pulalah yang akan memberi kecukupan kepadamu pada hari esokmu.

Diriwayatkan oleh Atha Ibnu Abi Rabah. Ia berkata : " Ibnu Abbas R.A. berkata kepadaku : " Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?"

Aku mengjawab :" Mahu!" DIa berkata :" seorang Wanita kulit hitam pernah menemui Rasulullah S.A.W. kemudian  berkata :" sesungguhnya penyakit ayan yang aku deritai sering menyingkap auratku.Maka berdoalah kepada Allah untuk kesembuhanku." Rasulullah S.A.W.  bersabda :

       "  ان شئت صبرت ولك الجنة و ان شئت دعوت الله ان يعا فيك  "

Jika engkau mahu bersabar , engkau akan memperolehi syurga . Namun jika engkau mahu sembuh , aku akan berdoa agar Allah  S.W.T  menyembuhkan penyakitmu."

wanita ini adalah seorang yang mukmin lagi bertakwa. Dia redha dengan cubaan yang selalu menimpanya dalam kehidupan dunia yang fana' ini kerana mengharapkan syurga sebagai imbalannya .

sesungguhnya dia memperoleh keuntungan dalam jual belinya sehingga ia menjadi calon penghuni syurga.

Akan tetapi, dia menolak apabila orang lain melihat auratnya saat dia dalam keadaan ayan , kerana perkara ini tidak layak bagi seorang wanita muslimah yang pemalu lagi bertakwa .

jadi, apa yang harus kita katakan kepada wanita-wanita yang mengaku mukminah namun menggoda dengan menampakkan keindahan tubuhnya dan melepaskan auratnya hingga nyaris telanjang?

petikan dari : buku "jangan bersedih" jadilah wanita yang paling BAHAGIA.....

kisah pemuda

seorang pemuda bertanya pada seorang yang alim..."jelaskan padaku tentang sesuatu yang boleh jadi benteng dan pelembut hatiku yang kesat.."
jawab orang alim..
"jika kau terima 5 hal dan kau mampu laksanakannya,maka takkan ada maksiat yang mencelakakanmu dan tak ada kenikmatan yang menghancurkanmu.."
pertama,jika kau ingin bermaksiat padaNYA, Jangan kau makan rezekiNYA,
"PEMUDA tanya"lalu, dari mana saya nak makan,semua yang ada ni rezeki Allah.?
"orang alim jawab.."layakkah kau makan rezekiNYA padahal kau bermaksiat?"
ke-2 "jika engkau ingin bermaksiat padaNYA,jangan tinggal di negeriNYA..Pemuda berkata..."ni yang lebih dahsyat,semua yang ditimur hingga  barat milik Allah,lalu dimana saya nak tinggal?
"ke- 3 carilah 1 tempat yang ALLAH tak nampakmu lalu bermaksiatlah disitu.."jawab pemuda,"mana mungkin!?Allah maha mengetahui."
nantikan sambungannya..

Thursday, June 9, 2011

LUAHAN HATI

YA ALLAH..
Jaga dan peganglah hatiku ini dgn kuat ya ALLAH..
Dengan kasih sayangMU Ya Allah,
Peliharalah aku dr sgala kjahatan dunia y fana ini,
jgn Engkau biarkan aku terus hanyut dgn mimpi y akn mensia-siakan aku..
Ya ALLAH..Jangan pernah tinggalkan aku,walau tiada ksh syg didunia,namun aku minta izin kasih sygMU untukku trus tabah dan kuat hdpi sgala ujian dan cabaran dunia y hampir ke p'hujungnya,maafkan dosa hambaMU semua dibumi tua ini..

ya Muslimat...

Wahai Muslimat,
Dirimu ditangisi oleh Nabi setiap malam,
Sehingga basah baju Akhiril Anbiya,
Wahai pemimpin seluruh alam,
Kenapa begitu ditangisi akan wanita?
Ditanya Aisyah kasih dan cinta,
Jawabnya kerna,
Mereka penuh mengisi ruang seksaan,
Api neraka yang mengazabkan.

Kamu itu fitnah dunia,
Apa yang terjadi dipandang oleh seluruhnya,
Diseksa dan direndahkan darjatmu,
Oleh golongan Adam kafir Quraisy.

Datanglah Nabi penyuluh kegelapan,
Membela si hawa yang terseksa,
Dengan Islam yang mulia.

Wahai golongan yang mudah tertipu,
Akan syaitan musuhmu yang nyata,
Sejak diciptanya Adam yang mulia,
Akan segala isi dunia sementara.

Bersihkan hatimu, bersihkan jiwamu,
Tutuplah auratmu, rendahkan suaramu,
Jagalah pergaulanmu, jagalah lidahmu,
Kerna sekiranya kamu lalai,
Maka murkalah Khaliq dan gelap mata Adam.

Tutuplah seluruh badanmu termasuk kakimu,
Kecuali wajahmu dan telapak tanganmu,
Kerna ini kebanyakan darimu lupa akannya,
Akhirnya terseksa walau seberat zarah.

Ayuhlah,
Muslimat yang dikasihi Manusia Agung,
Kembalilah memburu redha Allah,
Jadilah seperti Rabiyatul Adawiyyah,
Kerna alimmu lebih 1000 orang lelaki jahil.

Ingatlah,
Nanti dirimu memenuhi ruang neraka,
Dengan kasihan Khaliq yang Maha Kasih,
Maka jadilah muslimat yang berjaya,
Yang sedar akan ancaman ini.

Wahai Muslimat,
Sedarlah dan jagalah dirimu,
Supaya jauh dari api yang bernyala,
Agar dapat dirimu menjadi,
Permaisuri kepada segala bidadari.

KATA-KATA HIKMAH KALIFAH ISLAM

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.


2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya.
Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.


3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.