Saturday, December 31, 2011

BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT..




Orang yang berjaya ,"memaksa" dirinya untuk BERUBAH!
manakala Orang yang gagal,berubah hanya apabila terpaksa ."
renung2kan..muhasabah diri bersama..:)

UJIAN DARINYA..(BERSABARLAH DUHAI HATI)






Berdoalah pada yang MAHA KUASA,Mencipta seluruh makhluk diBUMI ini..
Mintalah apa saja dariNYA..SESUNGGUHNYA DIA MAHA PEMURAH..:)
DIAlah yang MAHA HEBAT!

manusia tak pernah lari dari ditimpa ujian dariNYA..DIA memberi Ujian pada KITA,menandakan BETAPA saaaayangnya DIA pada kita, NIKMAT paling Besar adalah apabila kita diTIMPA ujian dariNYA,kita berSABAR..SUBHANALLAH..
INDAH kan orang yang dapat berSABAR atas ujian yang diberi olehNYA..NIKMAT itu dapat kita rasai setelah ujian kita menerimanya dengan penuh kesabaran dan ketabahan..BERDOALAH,DAN BERTAWAKKAL..

ALLAH MAHA ADIL!

Saturday, December 24, 2011

Dosa seorang ibu membuang anak akhirnya terbalas!

(Kisah Sedih) Dosa seorang ibu membuang anak akhirnya terbalas!





20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.
Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak

Friday, December 23, 2011

( PALESTIN) RINDU KEDAMAIAN-DEVOTEES



VIDEO ni nisa hasilkan selepas mendengar saja lagu nasyid dari kumpulan DEVOTEES ni ,lagu rindu kedamaian ni ,cukup-cukup menyentuh hati, menusuk kalbu nisa..kata-kata didalamnya cukup menyentuh,bila dengar pelbagai perasaan ada,sedih ,pilu ..untuk pengetahuan sahabat2 semua yang masih ada yang tidak kenal devotees mula bertapak pada tahun 2006,time tu nisa tingkatan 4,DEVOTEES sudah 6tahun dalam industri nasyid ini,pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui oleh anggota kumpulan nayid ini,antaranya adalah MUHAMMAD sebagai ketua kumpulan,dan ADI ,ADI pun sudah lama dalam kumpulan ni kekal sampai sekarang,semoga ADI terus bertahan dalam kumpalan nasyid ni untuk teruskan perjuangan dan DAKWAH lillahi taala ni,juga ABD HALIM AHMAD,serta Shauki..akhi shauki kita..SEMOGA MEREKA yang BERDAKWAH melalui NASYID ini akan terus TABAH DAN SABAR,KUAT hadapi segala rintangan..ni adalah kumpulan nasyid yang nisa sangat minat,:) adalah kisah disebaliknya,nanti ada masa nisa ceritakan..


cam2.tapi bukan ini yang nisa nak coretkan..sebenarnya nisa nak tunjuk kembali setelah 9tahun iraq berperang dengan us kini dikhabarkan telah tamat dari peperangan itu.us telah m'isytiharkan tamat perang,sahabat..apa yang sahabat fikir tentang ini semua..terpulang pada hati masing2 yang memikirkannya,setelah berpuluh ribu nyawa yang terkorban dalam peperangan itu,ALLAHU AKBAR!


Mudahan kita semua sedar apa kewajipan kita sebagai seorang muslim, !
lakukanlah ia sebagai Hamba, Hamba Allah! ayuh sama-sama lakukan apa yang boleh membantu.kita boleh boikot barang-barangnya,kita juga boleh melakukan hal yang amat mudah sangat, tahu apa? doa!
doalah sahabat2ku..Allah tak pernah tidur dan tak pernah tinggalkan kita,cuma kita saja yang sering lupakan ALLAH..nauzubillah minzalik.


menolong orang tak semestinya secara zahir,sekiranya kita tak mampu melakukan ,kita menyampaikan pada semua melalui lisan kita,sekiranya tak mampu juga berdoalah,sekiranya tak mampu jua,mati lah namanya..:)


mudahan dengan niat yang ikhlas keranaNYA,kita semua beroleh ganjaran disisiNYA,kerana KITA semua datang ke bumi dengan satu tujuan,iaitu menjadi hamba kepada Allah yang telah menciptakan kita,dan balasannya akan kita dapat disana nanti,itulah adanya syurga dan neraka,Allah maha ADIL,kerana setiap manusia yang melakukan atas perbuatan itu ALLAH memberikan balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan atas muka bumi Allah penuh barakah ini,SUBHANALLAH!


orang jahat akan dibalas jahat,orang baik dibalas baik di akhirat sana..ADILkan Allah,
cuba kita fikir kalau ALLAH xjadikan syurga dan neraka,mana kita nak dapat keadilan ?contohnya seperti mangsa yang dirogol,bayi yang dibuang dalam longkang,tong sampah , anak yang Derhaka kepada kedua ibu bapanya,orang yang dianiayai sesama manusia,orang yang dibunuh dengan kejam,mana keadilan?? itulah sebabnya untuk ALLAH ciptakan syurga dan neraka,setiap yang dilakukan pastinya ada pembalasan masing-masing,MAHA SUCI ALLAH!


"TAHUKAH SAHABATKU..MENGAPA SUKAR DAN BERATNYA UJIAN ALLAH PADA HAMBANYA?KERANA SYURGA ITU TERLALU INDAH!"


NAMUN,KETAHUILAH..ALLAH TIDAK PERNAH MENGUJI HAMBANYA MELAINKAN UJIAN ITU TIDAK MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBANYA.KERANA DIA TAHU KEMAMPUAN HAMBANYA...

Wednesday, December 21, 2011

kisah seorang wanita pada zaman Rasulullah s.a.w

wahai saudara islamku,apa yang kita lihat pada hari ini semakin banyak Sihir,menzalimi sesama saudara,apa lagi yang berlaku adalah umat islam sendiri.. 


rasanya semua orang tahu tentang kejadian yang berlaku sewaktu zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang wanita yang terlalu marah kepada suaminya dan AKIBAT terlalu mengikut nafsunya itu , dia pergi jumpa seorang lelaki untuk belajar ilmu sihir untuk mnundukkan suaminya itu,


perempuan    : aku dtg untuk belajar ilmu sihir,


lelaki            : pergilah engkau ke arah sana    (lalu lelaki tersebut menyuruh perempuan itu pergi   
                       buang air kecil dekat api yang menyala






                      (lalu perempuan itu pergi dan x berani untuk membuang air kecil kerana melihat api 
                       yang marak,maka kembali semula pada lelaki itu)


lelaki             : sudahkah kamu lakukan apa yang aku suruh? dan apa yang engkau lihat?


perempuan     : aku sudah melakukannya , aku x melihat apa-apa..


lelaki             : aku tahu kamu tidak melakukan apayang aku suruh,maka baliklah kamu.
                       (lelaki itu tahu perempuan itu berbohong padanya padahal dia tidak lagi membuang air
                       kecil (kencing)


                     (perempuan itu x mahu pulang. dan perkara itu berulang sebanyak 2x, dan disuruh
                      melakukn perkara yang sama, dan pada kali ke 3 perempuan itu telah membuang air  
                      kecil (kencing) sewaktu itulah dia melihat ke atas ada seorang lelaki yg hebat
                      menunggang kuda dengan penuh rasa kehampaan, )dan prempuan itu pergi kepada     
                      lelaki itu .




           
lelaki            : sudahkah kamu melakukan apa yang aku suruh?apa yang engkau lihat?


prempuan     : ya,aku sudah melakukan apa yang engkau suruh. Aku melihat seorang lelaki yang hebat
                     sedang menunggng kuda, tetapi wajahnya penuh dengan rasa kekecewaan dan
                    kehampaan.


lantas lelaki itu berkata" Itulah IMANMU ,Ia telah keluar dari badan engkau semasa engkau melakukan dosa/maksiat keji itu!ALLAHU AKBAR.
bagaimana pula iman kita para sahabat sekalian..mudahan kita semua kuat,dan tabah dalam melakukan apa saja kewajipan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ALLAH ini.mudahan kita menjadi hamba yang taat,semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua,dan hidup kita sentiasa diberkati dan dipayungi KASIH DAN SAYANG ALLAH..INSYAALLAH..AMIN.


ALLAHU AKBAR..saudara islamku semua,Subhanallah..melalui cerita ini Allah ingin menyampaikan mesej pada kita semua agar kuat dalam melawan hawa nafsu yang sering bermaharaja lela dalam diri kita selama ini, alangkah indah dan bahagianya jika kita dapat melawannya.


nisa pernah baca buku mukmin profesional,antara yang boleh nisa kongsi untuk melawan nafsu kita perlukan 2 perkara,iaitu:


1- ZIKIR
2- FIKIR


apa yang dapat nisa simpulkan,
--> selalulah kita berzikir pada illahi agar hidup kita sentiasa diisi dengan makanan rohaniah yang   bagus.zikir juga dapat menghapuskan dosa-dosa yang kita lakukan..


--> solat hajat, istiqarah beserta solat taubat setiap malam ,jadikan amalan kita padaNYA setiap malam.insyaALLAH tenang hidup kita,sebab apa? sebab kita tahu ALLAH bersama kita,jadi apa kita perlu takut, dan TAKUTlah pada ALLAH.bukan pada MANUSIA.kita semua Adalah SAMA,hanya HAMBA ALLAH.yang membezakan kita TAKWA,AMAL IBADAT kita disisiNYA.


Pesanan ini nisa tujukan terlebih dahulu untuk diri nisa yang kerdil ini..WASSALAM..




"USAH RISAU APA PANDANGAN ORANG PADA KITA, TAPI BIMBANGLAH PANDANGAN ALLAH PADA KITA"

Tuesday, December 20, 2011

PERJUANGAN RASULULLAH-DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH

Assalamualaikum..buat saudara islamku..semoga kalian semua sentiasa berada dalam Rahmat dan kasih sayangNYA,semoga kita semua sentiasa diRedhai olehNYA dalam setiap yang kita lakukan,mudahan apa yang kita lakukan Lillahi Taala,dan mengharap apa yang kita lakukan adalah yang teerrrbaik! buat ALLAH,kerana kita mendambakan Redha dan Kasih Saayang dariNYA.kerana KITA SAYANG ALLAH!
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH,selawat dan salam ke atas junjungan Mulia,NABI MUHAMMAD S.A.W..kerana ALLAH masih lagi mengizinkan berjumpa di blog ini,ALHAMDULILLAH..
nisa juga ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama tidak m'update blog ni.ASIF JIDDAN..
VIDEO yang nisa buat diatas tu biasa2 saja, tapi pengisian yang didalamnya amat penting,itu yang kita mahu,satu perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w tidak dapat dibeli dimana-mana mahupun dijumpai lagi didunia ini,ujian yang dialami oleh NABI kita , Nabi MUHAMMAD S.A.W serta PARA SAHABAT cukup2 berat,namun masih ada lagi manusia yang tidak menghargai pengorbanan yang dilakukan BAGINDA DAN PARA SAHABAT..Nauzubillah minzalik.
mudah-mudahan video diatas akan menyedarkan kita, sama2lah kita bermuhasabah dan mendengar apa yang dilontarkan oleh DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH dalam KONSERT SINAR MALAM MAULIDUL RASUL..jom hayati dan muhasabah diri kita ..
"Pohonlah Hidayah sebagai Hadiahmu ketika menyusuri Jalan Menuju Allah. INSYAALLAH Engkau akan Gagah di Jalan MUJAHADAH".

Saturday, October 1, 2011

ku ingin menjadi wanita solehah buatMU...


Assalamualaikum..
alhamdulillah syukur ini ku panjatkan buatMU atas kesempatan yang diberikan padaku lagi kali ini untuk ku nukilkan disini apa saja perkara yang berkaitan denganMU YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.. DIRIMU saja tempat ku mengadu segala masalah, diriMU saja tempat ku luahkan isi hati ini, saat tiada siapa pun yang peduli akan ku, saat aku sedih dan saat ku menangis seorang diri, takkala memikirkan ujian dariMU buatku , kerana aku cuma tahu satu saja..ENGKAU MENYAYANGIKU..YA ALLAH..AKU RINDU PADA KEKASIHMU..YA RASULULLAH..DISINI..DuniaMU ini yang dijadikan kami sebagai tamu..tempat untuk MU menguji hamba2MU..Tempat untuk memilih siapa saja yang benar2 ikhlas MENCINTAIMU..Penuh kasih dan sayangMU..YA ALLAH..sesungguhnya terlalu besar kasih dan sayangMU, namun mengapa masih ada lagi yang buta akan kasih sayang itu..

syukur atas nikmat imam dan islam kerana masih lagi ENGKAU mengizinkan ku hingga saat ini, merasakan , menghirup udaraMU..ya RABB

"WANITA SOLEHAH"
Itulah yang sering meniti dibibir2 setiap wanita..ada yang ingin manjadi wanita solehah, ada yang ingin menjadi wanita yang solehah..ada yang ingin menjadi wanita solehah buatMU, Ada yang ingin solehah buat suami, ibu, dan pelbagai lagi yang bermain diminda wanita pada hari ini..itu sudah merasakan lega bagiku..

namun, pada akhir-akhir zaman ini..sudah tidak lagi yang mempedulikan semua itu YA ALLAH..apa yang sedih bagiku...takkala melihat ramai perempuan-perempuan yang masih lagi tidak mahu menutup aurat mereka sendiri, apa yang paling sedih lagi, bila kita tegur dia menjawab dengan kata-kata yang pedas,malah ada yang menghinakan dan berani melawan hukumMU . YA ALLAH..Kuatkanlah Aku dalam menghadapi ujianMU , Biarpun terasa pahit..akan ku telan semua itu YA ALLAH..dan aku benar2 mengharapkan dan meminta keizinanMU agar dipinjamkan kepadaku KEKUATANMU itu Ya Allah..yang mampu menguatkan aku menempuh segala cabaran dan dugaan yang datang, kerana ku yakin YA ALLAH..Segala yang terjadi atas KehendakMU..YA RABB ..

Mana lagi untuk ku temui mujahidah-mujahidah yang kuat, tabah dan cekal hatinya seperti mujahidah terdahulu..Aisyah ra.anhu, AinulMardhiah, Sumayyah, Khadijah dan ramai lagi pejuang-pejuang islam! sukar untuk ku temuinya..hilang mereka didunia..tiada penggantinya..:(
YA ALLAH..YA RAHMAN..YA RAHIM..Kuatkanlah hati hamba-hambaMU ini..gagahkanlah KAMI dalam menempuh onak dan liku kehidupan yang kian mencabar..hari demi hari yang dilalui kami..kadang kala tanpa sedar kami lalui..seolah-olah baru semalam islam menyinar..bila teringat akan kedatangan ISLAM! yang dibawa oleh KEKASIHMU..RASULULLAH..

Ya ALLAH! jadikanlah kami wanita-wanita ISLAM yang hebat! kami tidak mahu hebat pada pandangan manusia, tapi kami ingin hebat dimataMU YA ALLAH.. kami tidak mahu dipuji oleh manusia..tapi kami ingin dipuji olehMU! YA ALLAH..! KAMI tidak mahu menangis kerana manusia..tapi kemi ingin menangis keranaMU..KAMI tidak mahu suka kerana manusia, tapi ingin senyum dan suka keranaMU! YA ALLAH, YA SAMI'(MAHA MENDENGAR) kami luahkan segalanya buatMU..BANTULAH KAMI YA ALLAH..BANTULAH UMAT ISLAM..yang sedang dalam kemusnahan YA ALLAH..SELAMATKANLAH BUMI AN-BIA' .. SELAMATKAN PALESTIN!

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)